BTC USD 84,354.1 Gold USD 4,151.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Lebuhraya Persisiran Pantai Barat E32

Balik dr kmpg nk hala ke KL, ada lalu ikut WCE nie.
Masuk ada tol, keluar pun ada tol... :)paid ( tol masih percuma )

Nak elak jem, lalu situ.. tapi, lepas sabak bernam, sepanjang jln tgh construction.. Jem la jugak... adoii.. ~X(

Apa tujuan dia bina pondok tol sampai 2, di Hutan Melintang dan Teluk Intan?
 
Lebuhraya Pantai Barat E32
(akan siap dibina pada 2019)

29720517183_ec98cf042d_b.jpg

dah 2019, tak der siap2 lagi ni
 
Ada harapan abang non yang rasmikan bila siap nanti.
 
Lebuhraya WCE Kampung Lekir-Beruas dijangka dibuka masa terdekat

Tarikh kemaskini: 03/09/2019

BERUAS, 3 Sept -- Jajaran Seksyen 9 dan 10 dari Kampung Lekir, Sitiawan ke Beruas, Perak, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) sepanjang 45 kilometer (KM) dijangka dibuka dalam waktu terdekat ini.

Pengarah Urusan WCE Sdn Bhd, Datuk Neoh Soon Hiong berkata bagaimanapun pembukaan jajaran itu bergantung kepada pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang masih melakukan pemeriksaan di sepanjang jajaran berkenaan.

“Pembinaan lebuh raya itu telah selesai sepenuhnya sejak bulan lepas cuma ada beberapa prosedur yang perlu kita ikut selepas ia siap dibina.

“Kita sedang menunggu semua laporan pemeriksaan yang dijalankan oleh LLM dan mereka akan memaklumkan sama ada dua jajaran dari Kampung Lekir ke Beruas ini boleh dibuka atau tidak dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita ketika sesi penerangan bersama media di Ibu Pejabat WCE Perak di sini, hari ini.

Neoh berkata, Jajaran Seksyen 9 melibatkan laluan sepanjang 28KM dari Kampung Lekir ke Changkat Cermin, yang mempunyai empat plaza tol yang disambung dengan Jajaran Seksyen 10.

“Jajaran Seksyen 10 meliputi laluan sepanjang 17KM sehingga Plaza Tol Beruas manakala jajaran Seksyen 9 pula mempunyai empat plaza tol iaitu Plaza Tol Kampung Lekir, Plaza Tol Sitiawan, Plaza Tol Sitiawan Utara dan Plaza Tol Changkat Cermin,” katanya.

Neoh berkata mengikut perancangan awal dua jajaran itu sepatutnya dibuka Ogos lepas namun terdapat sedikit kekangan dan masih menunggu kelulusan daripada LLM.

"Kita berjaya menyiapkan dua jajaran ini mengikut tempoh iaitu pada Ogos namun ada prosedur yang perlu dilakukan kerana terdapat banyak prosedur seperti pemeriksaan LLM dan mewartakan jalan berkenaan.

"Kami tidak boleh membukanya sewenang-wenangnya kerana soal keselamatan pengguna WCE tidak boleh dikompromi," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir pada majlis pembukaan Jajaran Seksyen 8, WCE sepanjang 19.1KM dari Hutan Melintang ke Teluk Intan Mei lepas memaklumkan Jajaran Seksyen 9 dan 10 dijangka dibuka pada Ogos lepas.

-- BERNAMA

Tiada tarikh tepat yang diberikan syarikat konsesi akan bila boleh mula digunakan, hanya sekadar menaikkan bunting semata-mata.
 
Back
Top
Log in Register