Lebuhraya Persisiran Pantai Barat E32

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,523
Reaction score
20,987
Points
1,671
Kemalangan pertama di WCE


Keadaan Honda Civic yang rosak teruk selepas hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kiri jalan di Kilometer 158.3, WCE, Teluk Intan malam tadi.

TELUK INTAN – Sebuah kereta rosak teruk selepas terbabas sendiri di Kilometer 158.3, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di sini malam tadi.

Difahamkan, kemalangan pertama selepas lebuh raya tersebut mula dibuka pada pukul 6 petang kelmarin itu bagaimanapun tidak melibatkan kehilangan nyawa mahupun kecederaan kepada pemandu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, kemalangan pada pukul 10.30 malam itu berlaku ketika kereta jenis Honda Civic dipandu seorang lelaki itu sedang dalam perjalanan dari arah Teluk Intan ke Sabak Bernam.

“Tiba di lokasi, kereta terbabit hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang di sebelah kiri jalan.

“Kereta tersebut rosak teruk di bahagian hadapan dan kiri pintu hadapan namun pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Mohd. Marzukhi turut mengingatkan pengguna agar sentiasa mematuhi had laju dan peraturan ketika memandu terutamanya pada musim perayaan.

Kelmarin, Jajaran Seksyen 8 WCE yang melibatkan Hutan Melintang-Teluk Intan mula dibuka pada pukul 6 petang bertujuan bagi mengurangkan kesesakan jalan raya selain memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Laluan sepanjang 19.1 km ini direka bentuk sebagai laluan dua lorong dua hala dan menjadi laluan pintasan kepada penduduk tempatan sekitar Sabak Bernam, Bagan Datuk, Hutan Melintang, Teluk Intan dan Sitiawan.


http://www.kosmo.com.my/negara/kemalangan-pertama-di-jajaran-seksyen-8-wce-1.912227
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,523
Reaction score
20,987
Points
1,671

.
 

adamrao

Active Member
Joined
Mar 1, 2017
Messages
1,502
Reaction score
152
Points
43
lebuh raya toke ikan.. sama cam tempat aku gak.. perancangan tu kadang bukan tuk ang pun tuk orang lain..
 

a2zextra

Legendary Member
Joined
Sep 7, 2013
Messages
16,407
Reaction score
273
Points
141
Ingat lg janji tol bke ngn jambatan pulau pinang ms tu lge ketua menteri....alasan xleh mansuh sebab negeri xdk kuasa...tp klau ph dh pegang federal boleh dh mansuh...rupanya angan2 mat jenin....tu pun masih ramai percaya ngn dia nie....
Bak kata mereka, "Subsidi bukanlah 'mukjizat' seperti yang terkandung dalam 'kitab suci' manifesto mereka".
 

a2zextra

Legendary Member
Joined
Sep 7, 2013
Messages
16,407
Reaction score
273
Points
141
Kemalangan pertama di WCE


Keadaan Honda Civic yang rosak teruk selepas hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kiri jalan di Kilometer 158.3, WCE, Teluk Intan malam tadi.

TELUK INTAN – Sebuah kereta rosak teruk selepas terbabas sendiri di Kilometer 158.3, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di sini malam tadi.
Jenis kereta Honda handling tak bagus dipandu pada kelajuan melebihi 130km/j, ditambah pula permukaan lebuhraya yang kurang rata, lagi mudah untuk terbabas.
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
21,679
Reaction score
1,968
Points
201
Baru lalu masa raya kedua dan semalam. Setakat ni masih lancar dan tol percuma.
 

Irwan De Gea

Active Member
Joined
Feb 8, 2012
Messages
2,058
Reaction score
17
Points
25
Balik dr kmpg nk hala ke KL, ada lalu ikut WCE nie.
Masuk ada tol, keluar pun ada tol... :)paid ( tol masih percuma )

Nak elak jem, lalu situ.. tapi, lepas sabak bernam, sepanjang jln tgh construction.. Jem la jugak... adoii.. ~X(
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,147
Reaction score
1,652
Points
206
Balik dr kmpg nk hala ke KL, ada lalu ikut WCE nie.
Masuk ada tol, keluar pun ada tol... :)paid ( tol masih percuma )

Nak elak jem, lalu situ.. tapi, lepas sabak bernam, sepanjang jln tgh construction.. Jem la jugak... adoii.. ~X(
bang, pendek je highway ni
buang masa ikut kalo nak ke kl
kalo nak ke hutan melintang dr teluk intan atau laluan sebaliknya boleh la
 

Irwan De Gea

Active Member
Joined
Feb 8, 2012
Messages
2,058
Reaction score
17
Points
25
bang, pendek je highway ni
buang masa ikut kalo nak ke kl
kalo nak ke hutan melintang dr teluk intan atau laluan sebaliknya boleh la
Yerp tahu, sebab sya haritu dari taiping.. singgah sri manjung beraya.. tak sangka pulak jln selepas WCE tu, byk construction. sebab last lalu situ, ok lagi... Kalau tahu awal, mmg tak lalu situ..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register