BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Fenomena aneh laut Pantai Tembeling

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,483
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,483
Reaction score
1,681
Points
201
14278154212941933-413009.jpg

14278154212941933-413010.jpg

14278154212941933-413011.jpg

14278154212941933-413012.jpg


Fenomena aneh laut Pantai Tembeling
BERNAMA

Kuantan: Fenomena cahaya kebiruan atau 'blue tears' yang menghiasi permukaan laut di Pantai Tembeling di sini pada waktu malam menarik perhatian orang ramai selepas tular di media sosial.

Tinjauan mendapati pantai berkenaan menjadi tumpuan pengunjung sejak beberapa hari lalu, dengan orang ramai daripada pelbagai peringkat umur tidak melepaskan peluang menyaksikan sendiri fenomena itu dan merakam gambar serta video.

Kejadian berkenaan didapati mempunyai ciri biopendarcahaya atau bioluminescence', iaitu fenomena semula jadi yang berlaku apabila organisma marin tertentu menghasilkan cahaya melalui tindak balas biokimia.

Perkara itu dikongsi Pakar Bioteknologi dan Biokimia Profesor Madya Dr Nina Suhaity Azmi yang turut memaklumkan secara umumnya fenomena berkenaan terjadi apabila berlaku peningkatan sementara populasi organisma marin yang mampu menghasilkan cahaya khususnya dinoflagelat.


"Pelbagai hidupan marin dan mikrob mempunyai keupayaan menghasilkan cahaya sendiri. Mikroorganisma marin yang dikenali sebagai dinoflagelat, iaitu sejenis fitoplankton yang bersaiz mikroskopik sering dikaitkan dengan fenomena biopendarcahaya," katanya.


Sementara itu, beliau berkata fenomena sama pernah dilaporkan berlaku di beberapa lokasi lain di Malaysia termasuk Kuala Selangor, Selangor, Pulau Pangkor, Perak dan Pulau Langkawi, Kedah serta beberapa kawasan pulau di pantai timur Semenanjung.

Namun, Nina Suhaity berkata kejadian ini tidak berlaku secara berterusan dan kemunculannya sangat bergantung kepada keadaan persekitaran pada sesuatu masa.


Di samping itu, beliau berkata populasi organisma yang tinggi dan menerima gangguan seperti ombak, percikan air atau pergerakan dalam air akan menghasilkan cahaya berwarna biru kehijauan melalui tindak balas melibatkan sebatian lusiferin dan enzim lusiferase.


Beliau berkata biopendarcahaya merupakan sumber cahaya biologi yang sangat penting dalam persekitaran marin, khususnya di zon laut dalam yang menerima sedikit atau tiada cahaya matahari dengan fenomena ini juga bertambah menyerlah pada waktu malam yang tiada cahaya bulan.

"Ketika keadaan laut lebih tenang dan cuaca baik, peluang untuk melihat fenomena ini adalah lebih tinggi. Bagaimanapun, setakat ini berdasarkan pemerhatian, tidak terdapat musim khusus yang boleh menjamin kemunculan fenomena ini," katanya.

Dalam pada itu, Nina Suhaity memaklumkan cahaya daripada fenomena biopendarcahaya secara umumnya tidak membahayakan manusia kerana hanya terhasil melalui tindak balas biologi dalam organisma tersebut.

"Namun, masyarakat perlu memahami bahawa biopendarcahaya tidak sama dengan fenomena ledakan alga berbahaya atau Harmful Algal Bloom (HAB). Tidak semua organisma yang menghasilkan cahaya menghasilkan toksin dan tidak semua ledakan alga menyebabkan cahaya.
 
Back
Top
Log in Register