hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,486
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,486
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Tiada lagi fenomena aneh
Alor Gajah: Pernah digelar 'Gadis Kristal' kerana jari kakinya mengeluarkan objek keras menyerupai kristal, individu itu kini memilih untuk hidup jauh dari perhatian dan kembali menjadi insan biasa.
Siti Suhana Saadon, 41, yang masih menetap di Taman Cempaka 2, Durian Tunggal, di sini berkata, kali terakhir kakinya mengeluarkan bebola kristal ialah pada 2019, sebelum fenomena aneh itu berhenti sepenuhnya.
"Saya tak nak dikenali begitu lagi… saya nak hidup macam orang lain, tak mahu jadi tumpuan," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Menurut Siti Suhana, dia pernah berkahwin pada November 2011 dengan lelaki dari Krubong namun rumah tangganya itu berakhir tanpa zuriat.
"Lepas kahwin pun masih ada objek keluar dari kaki, tapi enam tahun kebelakangan ini memang dah tak ada," katanya.
Mengimbau kehidupannya Siti Suhana berkata, dia pernah menjaga adik bongsunya, Allahyarham Mohd Shamsuri, seorang orang kurang upaya (OKU) sehingga pemuda itu meninggal dunia pada Ogos 2010.
"Ketika itu saya jual makanan ringan depan rumah untuk tambah pendapatan. Lepas arwah tak ada, saya berhenti berniaga dan kadang ikut saudara ambil upah memasak," ujarnya.
Namun kini, cabaran hidupnya bertambah apabila penglihatan mata kiri semakin kabur dan tidak lagi boleh melihat walaupun memakai kaca mata.
"Saya tak pasti puncanya… mungkin saraf berkaitan dengan jari kaki kiri ini dan mungkin tak. Ada juga yang suruh saya mohon kad OKU, tapi saya tak mahu meminta-minta," katanya.
Fenomena 'Gadis Kristal' yang pernah menggemparkan negara menjadikan wajah dan namanya sering menjadi tumpuan orang ramai mahu melihat sendiri objek kristal yang keluar dari jari kakinya namun semua itu kini tinggal sejarah. Kisahnya pernah disiarkan Harian Metro.
"Saya cuma nak hidup tenang macam biasa," katanya lagi.
Kredit