a2zextra
Legendary Member

- Messages
- 16,408
- Joined
- Sep 7, 2013
- Messages
- 16,408
- Reaction score
- 274
- Points
- 141
Lebuhraya Persisiran Pantai Barat E32
(akan siap dibina pada 2019)
(akan siap dibina pada 2019)
WCE Taiping - Beruas percuma mulai malam ini
![]()
Alexander (tengah) bersama Saarani Mohamad bergambar pada majlis Pembukaan Seksyen 11 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan Persimpangan Bertingkat Beruas) di Taiping. FOTO L MANIMARAN
TAIPING: Lebuh Raya Pesisir Pantai Barat (WCE) dari Taiping ke Beruas boleh digunakan secara percuma selama dua bulan bermula tengah malam ini sehingga 11 Mei depan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata tol percuma diberikan kepada pengguna yang memasuki lebuh raya itu dari Plaza Tol Taiping Selatan, Plaza Tol Trong dan Plaza Tol Beruas di kedua-dua arah secara percuma itu juga bersempena Ramadan dan Aidilfitri bulan depan.
Beliau mengumumkan perkara itu ketika merasmikan Seksyen 11, Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan ke Persimpangan Beruas, WCE yang akan dibuka bermula 12.01 tengah malam ini.
Katanya, Seksyen 11 melengkapkan keseluruhan bahagian WCE di Perak yang membabitkan empat pakej jajaran iaitu Seksyen 8, 9, 10 dan 11.
"Terima kasih kepada pihak konsesi dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) kerana bersetuju supaya tol diberi secara percuma selama dua bulan di laluan yang difahamkan menelan belanja sebanyak RM422 juta ini.
"Pembukaan ini adalah tepat pada masanya memandangkan kita akan menyambut bulan Ramadan esok dan Aidilfitri tidak lama lagi, tentunya laluan ini memberikan alternatif yang dinanti-nantikan. Kadar tol yang dikenakan selepas ini ialah 16 sen bagi satu kilometer," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pembukaan laluan itu di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.
Laluan WCE Seksyen 11 yang dibuka hari ini membabitkan jajaran 35.5 kilometer (km) dengan kos RM422 juta menghubungkan pengguna dengan Lebuh Raya Utara Selatan di Plaza Tol Changkat Jering ke Beruas.
Laluan itu dapat menjimatkan masa perjalanan dari Changkat Jering ke Beruas kepada 20 minit berbanding 55 minit dengan laluan sedia ada.
WCE sepanjang 233km dari Banting, Selangor ke Taiping mula dibina pada 2014 menelan kos lebih RM5 bilion dengan RM1.9 bilion kos bagi pembinaan jajaran di Perak, manakala RM3.1 bilion jajaran di Selangor.
Nanta dalam ucapannya berkata, kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya (KKR), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan LLM sentiasa membuat kajian aliran trafik berdasarkan kapasiti sedia ada berbanding bilangan kenderaan di jalan raya diikuti dengan perancangan dan tindakan penambahbaikan untuk mengurangkan kesesakan terutama ketika waktu puncak, musim perayaan dan cuti persekolahan.
Lebuhraya WCE menurut beliau, merupakan satu daripada hasil kajian yang dijalankan dan diharapkan menjadi pilihan laluan alternatif kepada laluan sedia ada dari Lembah Klang ke utara terutamanya bagi penduduk Pesisiran Pantai Barat Semenanjung Malaysia serta ke Pantai Barat dan Utara Semenanjung.
Beliau turut menyarankan rangkaian logistik bagi kenderaan berat supaya menjadikan laluan itu sebagai pilihan terutama yang menghala ke Pelabuhan Lumut, Pelabuhan Teluk Intan dan Pelabuhan Klang bagi mengelakkan laluan mendaki atau berbukit, di samping mengoptimumkan kos operasi serta dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.
![]()
WCE sepanjang 233km dari Banting ke Taiping. - Grafik BH
Last edited: