BTC USD 84,388.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Lebuhraya Persisiran Pantai Barat E32

Jajaran Hutan Melintang-Teluk Intan WCE dibuka hari ini

image.jpeg

TIMBALAN Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Tahir (enam dari kiri) memotong riben ketika merasmikan pembukaan Jajaran Seksyen 8 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dari Hutan Melintang ke Teluk Intan di Teluk Intan hari ini. - UTUSAN ONLINE

TELUK INTAN 31 Mei - Jajaran Seksyen 8 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dari Hutan Melintang ke Teluk Intan sepanjang 19.1 kilometer dibuka secara rasmi bermula pada pukul 6 petang ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Tahir berkata, pembukaan jajaran melibatkan laluan dua lorong dua hala itu akan menjadi laluan pintasan penduduk setempat di sekitar Sabak Bernam, Bagan Datuk, Hutan Melintang, Teluk Intan dan Sitiawan.

Katanya, penggunaan jajaran itu juga akan memendekkan masa perjalanan dengan anggaran 11 minit berbanding penggunaan laluan FT 005 iaitu Klang-Teluk Intan.

“Buat masa ini, pembukaan jajaran di Seksyen 8 daripada keseluruhan 12 seksyen Lebuhraya WCE ini bersifat setempat iaitu memberi kemudahan kepada penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran.

“Bagaimanapun, apabila siap sepenuhnya nanti, lebuh raya ini akan menjadi sistem penyuraian trafik dan menjadi laluan alternatif kepada Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) terutama ketika musim perayaan bagi perjalanan dari Lembah Klang menuju ke utara Semenanjung dan sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pembukaan Jajaran Seksyen 8 WCE, Persimpangan Hutan Melintang ke Teluk Intan di Plaza Tol Teluk Intan di sini hari ini.

Menurut beliau, jajaran pertama WCE yang dibuka kepada orang awam itu tidak akan dikenakan bayaran tol sehingga keputusan mengenai polisi pengenaan tol dan kadarnya diputuskan oleh kerajaan.


http://www.utusan.com.my/berita/wil...tang-teluk-intan-wce-dibuka-hari-ini-1.911178
 
aku dr seremban nk blik taiping. nak lalu jln nie masuk mana?
 
Tunggu dia jadi menteri besar lah baru dapat tol free.

ye laa tu..

dulu lim guan eng pon kata ph menang faderal tol seluruh negara mansuh..

ni dah menang federal siap jadi finance minister, habuk pun tarak..
 
kurang sekupang pun tk lg ni kan nk bg free

Ingat lg janji tol bke ngn jambatan pulau pinang ms tu lge ketua menteri....alasan xleh mansuh sebab negeri xdk kuasa...tp klau ph dh pegang federal boleh dh mansuh...rupanya angan2 mat jenin....tu pun masih ramai percaya ngn dia nie....
 
Back
Top
Log in Register