kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Lebih 4,300 Usahawan Melaka Terima Manfaat Pembiayaan KUSKOP Hampir RM100 Juta
Kredit: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) meluluskan hampir RM100 juta pembiayaan kepada lebih 4,300 usahawan di Melaka setakat 31 Mei, sekali gus memperkukuh pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negeri itu.
Menurut kenyataan KUSKOP hari ini, pembiayaan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan kementerian, dalam memastikan lebih ramai usahawan mendapat akses kepada modal bagi mengembangkan perniagaan dan merancakkan ekonomi setempat.
Menterinya Steven Sim Chee Keong berkata pembiayaan perlu terus disalurkan kepada usahawan, bagi memastikan lebih banyak perniagaan dapat berkembang sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan.
“Melalui pembiayaan, kita membantu perniagaan rakyat Malaysia. Apabila perniagaan berkembang, manfaatnya bukan hanya dirasai oleh pemilik perniagaan, tetapi juga oleh pekerja, pembekal dan komuniti setempat.
“Wang yang disalurkan kepada usahawan akan terus beredar dalam ekonomi negara. Sebab itu, kita mahu melihat lebih banyak pembiayaan sampai ke pasaran dan membantu menghebatkan perniagaan rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau kini sedang mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Melaka bermula 19 hingga 21 Jun, sempena Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) bagi menyantuni usahawan dan peniaga tempatan serta meninjau pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah kementerian.
Antara program yang dihadiri ialah Sesi Mega Meet & Greet bersama dengan usahawan TEKUN di Malim Food Town, yang menghimpunkan kira-kira 50 usahawan tempatan.
Dalam program itu, Steven Sim turut menyampaikan pembiayaan hampir RM1 juta kepada 18 usahawan menerusi TEKUN Nasional dan SME Corp. Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai sektor perniagaan termasuk makanan dan minuman, pemborongan, perkhidmatan profesional, kontraktor pembinaan, peruncitan, perniagaan dalam talian, automotif serta perkhidmatan.
Steven Sim bersama Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Melaka Seah Soo Chin, turut mengadakan sesi tinjauan mesra di sekitar Malim Food Town bagi menyantuni peniaga dan pengunjung, serta meninjau aktiviti perniagaan setempat selepas sesi penyerahan simbolik cek cura.