kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Heritage Valley Kuala Lumpur Jana RM4.6 Juta Jualan, Manfaat Lebih 500 Usahawan
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim (tengah) menandatangani plak perasmian Heritage Valley Kuala Lumpur, semalam.
Heritage Valley Kuala Lumpur, iaitu hab keusahawanan dan komuniti terbaharu di bawah inisiatif Malaysian Entrepreneur Hub (MEH) oleh UDA Holdings Berhad (UDA), berjaya menjana jualan terkumpul melebihi RM4.6 juta serta memberikan manfaat kepada lebih 500 usahawan tempatan bagi tempoh Ogos 2025 hingga Ogos tahun ini.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim berkata pencapaian hab itu di atas tapak seluas 1.71 ekar (0.69 hektar) di Jalan Doraisamy, di sini membuktikan potensi transformasi ruang bandar strategik dalam membuka akses pasaran utama kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Beliau berkata cabaran utama peniaga kecil di kawasan pusat bandar bukan sekadar modal, tetapi juga kekangan kadar sewa komersial yang tinggi sehingga membataskan keupayaan mereka untuk berkembang.
"Melalui Heritage Valley, kita mahu menyediakan ruang niaga pada kadar yang lebih berpatutan, sambil membawa masuk program, acara dan aktiviti yang boleh menarik pelanggan kepada usahawan," katanya ketika merasmikan hab berkenaan di sini, semalam.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings Berhad Datuk Seri Ahmad Fuaad Kenali dan Pengerusi UDA Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Sim berkata kementerian itu mahu memastikan usahawan tempatan mendapat peluang beroperasi di kawasan strategik di tengah-tengah ibu kota tanpa disisihkan ke kawasan terpencil.
"Saya tidak mahu PKS (perusahaan kecil dan sederhana) serta perniagaan, usahawan-usahawan muda kita, akhirnya kena berniaga jauh di tempat yang terpencil, jauh di ceruk-ceruk … .
“ … tetapi, saya nak supaya PKS, PMKS, peniaga-peniaga dan usahawan Malaysia boleh berniaga di tengah-tengah ibu kota dan membuat perniagaan dengan lumayan," katanya.
Sambil menyifatkan tahun ini sebagai tahun pemerkasaan perniagaan tempatan, Sim turut berharap agar UDA mengekalkan struktur sewa pada kadar yang berpatutan untuk menyokong pertumbuhan peniaga kecil.