BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

12,645 Usahawan India Terima Manfaat Pembiayaan KUSKOP - Ramanan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80
90d67bdb1b5f3f11b749d79d05dba13e691c0ed623db5

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan menjawab soalan ketika Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

Seramai 12,645 usahawan India telah menerima manfaat daripada pelbagai program pembiayaan berjumlah RM249.8 juta di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi tempoh 2024 hingga Oktober tahun ini.

Timbalan Menterinya Datuk Seri R. Ramanan berkata inisiatif tersebut merangkumi Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI), Dana Khas Pemerkasaan Wanita India (PENN), Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) serta Vanigham Financing for Indian Entrepreneurs oleh SME Bank.

“KUSKOP terus komited memperkasakan usahawan di seluruh negara, termasuk usahawan kaum India, selaras dengan Dasar Keusahawanan Negara 2030 dan visi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan sosioekonomi inklusif, seimbang dan mampan,” katanya.

Beliau menjawab soalan S. Kesavan (PH-Sungai Siput) mengenai status pelaksanaan inisiatif untuk usahawan India termasuk SPUMI, PENN, BRIEF-i dan Vanigham.

Ramanan berkata KUSKOP turut menambah baik proses permohonan pembiayaan dengan mempercepatkan tempoh kelulusan.

“Sebagai contoh, permohonan pembiayaan di bawah TEKUN Nasional hanya memerlukan salinan kad pengenalan, salinan pendaftaran syarikat, tiga keping gambar premis serta salinan tiga bulan penyata bank rasmi.

“Proses kelulusan juga telah dipertingkatkan, kini hanya mengambil masa tujuh hari berbanding sehingga 21 hari di beberapa institusi kewangan lain,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register