BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan 2027: KUSKOP Cadang Lebih Banyak Pembiayaan, Sokongan Kewangan Kepada PMKS

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Belanjawan 2027: KUSKOP Cadang Lebih Banyak Pembiayaan, Sokongan Kewangan Kepada PMKS​

a159ed7268ebc573ed46b3c56325dcc86aa3b369b7f8f

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengemukakan cadangan supaya lebih banyak pembiayaan dan sokongan kewangan disalurkan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerusi Belanjawan 2027.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata antara perkara lain yang dicadangkan adalah usaha mengurangkan birokrasi, langkah meningkatkan kecekapan penyampaian kerajaan dan mengurangkan kos menjalankan perniagaan di Malaysia.

“Cadangan-cadangan kepada Kementerian Kewangan ini turut mengambil kira pandangan serta usul daripada pelbagai pemegang taruh termasuk sektor PMKS.

“Antara pandangan pihak berkepentingan yang kita peroleh adalah daripada Dewan Perniagaan Melayu, Cina dan India, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) serta pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan PMKS," katanya kepada Bernama selepas mengadakan kunjungan ke pejabat Bernama Biro Pulau Pinang di sini, hari ini.

Dalam kunjungan itu, Sim yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang diiringi pemimpin DAP negeri bagi mengagihkan kuih bulan sempena perayaan kuih bulan.

Sim berkata perincian mengenai inisiatif khusus dicadangkan KUSKOP menerusi Belanjawan 2027 itu akan diumumkan selepas mendapat kelulusan.

Belanjawan 2027 dijangka dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Okt ini.

 
Back
Top
Log in Register