BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan 2027: KPWKM Cadang Tambahan RM168 Juta Bagi Kebajikan Kumpulan Sasar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Belanjawan 2027: KPWKM Cadang Tambahan RM168 Juta Bagi Kebajikan Kumpulan Sasar​

2fccea9a657915da7f96d12931d159ee6a8c06cece674

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri bercakap pada sesi libat urus sempena majlis pelancaran Inisiatif Sektor Penjagaan di bawah Belanjawan MADANI 2026, hari ini.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mencadangkan tambahan kira-kira RM168 juta dalam Belanjawan 2027 bagi memperkukuh kebajikan kumpulan sasar termasuk sektor penjagaan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata cadangan itu turut merangkumi penambahan sokongan kepada penjaga warga emas yang banyak menjalankan tugas sebagai pekerja penjagaan tanpa upah di rumah.

“Jumlah keseluruhan peruntukan kebajikan yang dicadangkan oleh kementerian ialah hampir RM4 bilion, termasuk kira-kira RM3 bilion diperuntukkan kepada penerima kebajikan sedia ada, manakala tambahan baharu ini adalah termasuk memperkasakan sektor penjagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Inisiatif Sektor Penjagaan Di Bawah Belanjawan Madani 2026 di sini hari ini.

Nancy juga berkata kerajaan menetapkan sasaran melahirkan 50,000 penjaga secara keseluruhan melibatkan warga emas, orang kurang upaya, kanak-kanak dan komuniti selain pegawai kebajikan.

“Namun untuk tahun ini, kita sasarkan 2,000 orang sehingga April ini,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register