BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rangka Awal Cadangan Belanjawan 2027: KBS Fokus Sukan Akar Umbi Dan Kebajikan Atlet

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Rangka Awal Cadangan Belanjawan 2027: KBS Fokus Sukan Akar Umbi Dan Kebajikan Atlet​

6f1ad1d73b7f50c47320ad65fae0190d6a9cc3e26f689

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari (tengah) pada Majlis Flag Off Oregeon Tower Run Series di The TOP Atrium, di sini hari ini.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengemukakan rangka awal cadangan Belanjawan 2027 kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk pertimbangan dengan pembangunan sukan akar umbi, penglibatan belia serta kebajikan atlet antara keutamaan kementerian berkenaan.

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata rangka itu disediakan berdasarkan input yang dikumpul menerusi Jelajah Belanjawan Belia MADANI yang dilaksanakan di enam zon di seluruh negara.

Beliau berkata sehingga kini, tiga hingga empat zon sudah selesai dilaksanakan, manakala keseluruhan jelajah itu dijangka dapat diselesaikan bulan ini sebelum hasilnya dimuktamadkan dan dihantar ke MOF untuk pertimbangan bagi Belanjawan 2027.

"Walaupun kesemua sesi jelajah itu belum selesai, KBS telah mendapat pelbagai pandangan daripada pertubuhan belia, persatuan sukan serta golongan belia yang tidak berpersatuan untuk diteliti serta dinilai.

"Setakat ini, kita telah mengadakan perbincangan awal bersama dengan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan telah mengangkat rangka awal untuk penilaian MOF," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Flag Off Oregeon Tower Run Series di The TOP Atrium, di sini hari ini.

Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, pembentangan Belanjawan 2027 bertemakan “Malaysia Madani: Menggapai Di Langit, Mengakar di Bumi” dijangka dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Okt ini.

Dr Mohammed Taufiq berkata antara fokus utama KBS ialah menyediakan lebih banyak ruang dan peluang kepada masyarakat untuk terlibat dalam aktiviti sukan, khususnya pada peringkat akar umbi bagi melahirkan lebih ramai atlet pelapis.

Selain itu, katanya, aspek kebajikan atlet termasuk mereka yang sudah bersara atau pernah memberikan sumbangan kepada negara turut diberi perhatian menerusi Yayasan Kebajikan Atlet di bawah KBS.

Beliau berkata kementerian turut mengambil kira pandangan persatuan sukan dan pertubuhan belia selain keperluan golongan belia di luar bandar serta mereka yang tidak menyertai mana-mana pertubuhan atau program kementerian sebelum ini.

 
Back
Top
Log in Register