BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan 2027: Kerajaan Perlu Fokus Jana Pekerjaan Berimpak Tinggi - Pakar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Belanjawan 2027: Kerajaan Perlu Fokus Jana Pekerjaan Berimpak Tinggi - Pakar​

8c8192a677988b063183f7d7196ebe2068497279b3af5


Kerajaan disaran memberikan tumpuan kepada usaha mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti dan berimpak tinggi menerusi Belanjawan 2027 bagi meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat.

Profesor di Jabatan Pengurusan Logistik dan Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Profesor Dr Mohd Abdullah Jusoh berkata langkah merangsang ekonomi perlu beralih kepada pemerkasaan kemahiran rakyat agar mampu berdikari dan menjana pendapatan yang lebih lumayan.

Beliau berkata bantuan kewangan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilihat berupaya meringankan beban rakyat serta merangsang ekonomi secara serta-merta, namun strategi jangka panjang memerlukan pembinaan enjin ekonomi baharu.

"Berbanding dengan kita beri bantuan, lebih baik kita cipta peluang pekerjaan yang baharu kepada mereka supaya mereka boleh berdiri dengan sendiri," katanya ketika menjadi tetamu program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV di sini, hari ini.

Mengulas tentang unjuran ekonomi negara, Mohd Abdullah berkata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) enam peratus pada suku kedua 2026 menunjukkan prestasi optimis berbanding anggaran Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kira-kira 2.5 hingga tiga peratus.

Namun begitu, Mohd Abdullah berkata kejayaan ekonomi secara agregat itu mesti diimbangi dengan memastikan limpahan kemakmuran tersebut dirasai secara langsung oleh isi rumah menerusi peningkatan gaji dan kuasa membeli.

Berhubung kadar inflasi negara yang berada pada tahap 1.8 peratus, beliau menyifatkan intervensi kerajaan berupaya mengekang kenaikan harga barangan makanan utama daripada melonjak secara mendadak.

"Kenaikan harga barang makanan utama adalah dalam situasi yang terkawal, mungkin satu peratus atau 1.5 peratus. Jadi, keadaan itu tidak memberikan kesan mendadak kepada pengguna secara umum, namun bagi golongan B40 dan rentan, sebarang kenaikan tetap memberikan impak kepada mereka," katanya.

Selain itu, beliau berharap Belanjawan 2027 turut memberikan tumpuan lebih kepada ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta industri gig agar dapat ditransformasikan menjadi kerjaya profesional yang lebih mampan buat golongan belia.

 
Back
Top
Log in Register