BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lawatan Anwar Ke Rusia & Turkmenistan Perkukuh Kerjasama Strategik Global

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Lawatan Anwar Ke Rusia & Turkmenistan Perkukuh Kerjasama Strategik Global​

df05c7ab5e3c748a6aec4ab24b0a060a6a38f09742ce6


Kejayaan yang dicapai hasil lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia dan Turkmenistan disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkukuh hubungan antarabangsa serta membuka peluang kerjasama strategik global yang bakal membawa manfaat besar kepada  negara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata antara hasil utama lawatan itu ialah kejayaan memperoleh jaminan bekalan minyak dari Rusia bagi tempoh 20 tahun, yang dijangka dapat menyumbang kepada keterjaminan bekalan tenaga dan kestabilan ekonomi negara.

"Strategi Kerajaan MADANI yang memperbanyakkan sumber bekalan tenaga amat kritikal untuk memastikan kerajaan mendapat bekalan yang cukup bagi mengekalkan Budi MADANI RON95 (BUDI95) dan harga RON 95 pada RM1.99 satu liter.

"Seluruh rakyat Malaysia akan mendapat manfaat atas kejayaan ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Selain itu, Nga yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata kejayaan Anwar menyakinkan Turkmenistan melantik Petronas sebagai pengendali telaga simpanan gas kedua terbesar dunia juga adalah satu kejayaan besar.

"Kejayaan ini bakal membantu Petronas menjadi syarikat Fortune Global 500, yang pada masa kini (Petronas) menduduki tempat ke 139, untuk melonjak ke tangga ke 100 seandainya kejayaan ini diuruskan dengan baik," katanya.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata lawatan rasmi Perdana Menteri ke Kazan dan Turkmenistan penting untuk memperkukuh hubungan strategik Malaysia, khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan, tenaga dan pembangunan modal insan.

"Kita amat berbangga apabila hasil hubungan erat yang diperkukuhkan menerusi lawatan ini, Petronas kini diberi kepercayaan untuk menjadi pengendali salah satu lapangan gas terbesar di dunia di Turkmenistan.

 
Back
Top
Log in Register