BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Laporan Tahunan JKMR 2024 Dibentang Kepada PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
0945a808dd8fc3476737b537c181417d661fc6d292daa


Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah (JKMR) hari ini membentangkan dan menyerahkan Laporan Tahunan JKMR Tahun 2024 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia selaras dengan tanggungjawab mengikut peruntukkan di bawah Seksyen 14 Akta Suruhanjaya  Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), iaitu menasihati Perdana Menteri mengenai apa-apa aspek masalah rasuah di negara ini.

Pembentangan berkenaan merangkumi penelitian JKMR terhadap Laporan Tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang meliputi aspek penguatkuasaan, pencegahan dan pengurusan serta dapatan pemeriksaan daripada ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah bagi 2024.

"JKMR turut mengemukakan syor-syor kepada Perdana Menteri berkaitan usaha  memperkukuh keberkesanan SPRM secara menyeluruh dan holistik, selaras dengan usaha negara  membanteras rasuah dan memantapkan integriti pentadbiran awam termasuk cadangan  penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah.

"JKMR menzahirkan harapan agar setiap cadangan yang dikemukakan dalam laporan ini diberi  pertimbangan sewajarnya dan diterjemahkan kepada tindakan yang berimpak serta menyeluruh  demi kepentingan negara," menurut JKMR dalam kenyataan hari ini.

Ahli JKMR merangkap wakil rakyat yang mewakili suara masyarakat, sentiasa mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada orang awam dalam meningkatkan keberkesanan SPRM  melaksanakan mandatnya.

Orang ramai boleh berbuat sedemikian dengan mengemukakan pandangan atau cadangan melalui  e-mel [email protected].

 
Back
Top
Log in Register