kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
Lapan tahun menanti, Indah Ruhaila selamat bersalin anak sulung. PETALING JAYA – Lapan tahun menanti penuh kesabaran, penyanyi Indah Ruhaila selamat melahirkan cahaya mata pertama Sabtu lalu.
Khabar gembira itu dikongsikan suaminya, Ahmad Shariff Ahmad Taufiq yang menyifatkan kelahiran zuriat mereka sebagai hadiah terindah daripada Allah SWT.
“Masya-Allah, TabarakAllah. Amanah terindah daripada Allah SWT telah tiba.
“Terima kasih Ya Allah atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai ini.
“Semoga membesar di bawah lindungan dan rahmat-Mu sentiasa, wahai anakku,” katanya dalam hantaran di Instagram mereka.
Menerusi perkongsian tersebut, Shariff merakamkan momen isterinya sedang tersenyum sambil memandangnya bersama si kecil dipercayai di dalam bilik bersalin.
Begitupun, pasangan terbabit tidak memperincikan butiran lain termasuk jantina bayi.
Terdahulu, pada Disember tahun lalu Indah atau nama sebenarnya Ruhailah Hussein, 37, mengumumkan kehamilannya selepas sekian lama menanti khabar gembira.
Indah dan Shariff mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2017. – KOSMO! ONLINE
==============================
Wahhh tahniah Indah! Lama gak menunggu, tapi akhirnya berbaloi jugak. Harap2 baby comel tu bawak seribu kebahagiaan la. Agak2 nak jadikan anak fashionista ke? Haha just kidding je, don't mind me!
Lapan tahun menanti, Indah Ruhaila selamat bersalin anak sulung
PETALING JAYA - Lapan tahun menanti penuh kesabaran, penyanyi Indah Ruhaila selamat melahirkan cahaya mata pertama Sabtu lalu.Khabar gembira itu dikongsikan suaminya, Ahmad Shariff Ahmad Taufiq yang menyifatkan kelahiran zuriat mereka sebagai hadiah terindah daripada Allah SWT.
www.kosmo.com.my