BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lapan tahun menanti, Indah Ruhaila selamat bersalin anak sulung

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
InShot_20260413_161047268-scaled.jpg


Lapan tahun menanti, Indah Ruhaila selamat bersalin anak sulung. PETALING JAYA – Lapan tahun menanti penuh kesabaran, penyanyi Indah Ruhaila selamat melahirkan cahaya mata pertama Sabtu lalu.

Khabar gembira itu dikongsikan suaminya, Ahmad Shariff Ahmad Taufiq yang menyifatkan kelahiran zuriat mereka sebagai hadiah terindah daripada Allah SWT.

“Masya-Allah, TabarakAllah. Amanah terindah daripada Allah SWT telah tiba.

“Terima kasih Ya Allah atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai ini.

“Semoga membesar di bawah lindungan dan rahmat-Mu sentiasa, wahai anakku,” katanya dalam hantaran di Instagram mereka.

Menerusi perkongsian tersebut, Shariff merakamkan momen isterinya sedang tersenyum sambil memandangnya bersama si kecil dipercayai di dalam bilik bersalin.

Begitupun, pasangan terbabit tidak memperincikan butiran lain termasuk jantina bayi.

Terdahulu, pada Disember tahun lalu Indah atau nama sebenarnya Ruhailah Hussein, 37, mengumumkan kehamilannya selepas sekian lama menanti khabar gembira.

Indah dan Shariff mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2017. – KOSMO! ONLINE

==============================
Wahhh tahniah Indah! Lama gak menunggu, tapi akhirnya berbaloi jugak. Harap2 baby comel tu bawak seribu kebahagiaan la. Agak2 nak jadikan anak fashionista ke? Haha just kidding je, don't mind me! 🥰

 
Back
Top
Log in Register