BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak sulung Rozita Che Wan selamat bertunang

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
WhatsApp-Image-2025-10-26-at-2.56.21-PM.jpeg

MAJLIS pertunangan Ammar berlangsung secara tertutup.

Anak sulung Rozita Che Wan selamat bertunang PETALING JAYA – Pelakon Rozita Che Wan bakal menerima menantu apabila anak sulungnya, Ammar Effendy dikhabarkan selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya, semalam.

Meskipun tidak berkongsi butiran lanjut mengenai majlis tersebut, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memuat naik beberapa foto dan video sekitar acara berkenaan menerusi InstaStory miliknya.

Majlis pertunangan yang berlangsung secara tertutup itu dihadiri oleh ahli keluarga terdekat serta rakan rapat dalam suasana penuh sederhana namun sarat makna.

Pada majlis berkenaan, pelakon drama Diari Ramadhan Rafique itu tampil anggun mengenakan busana berona kuning keemasan hasil sentuhan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail.

Warna tersebut turut menjadi tema sekeluarga apabila suaminya, Zain Saidin, serta anak perempuan mereka, Aaisyah Dhia Rania, turut mengenakan persalinan sedondon.

Manakala, Ammar kelihatan segak berbaju Melayu merah jambu lembut, sepadan dengan busana tunangnya.

Meskipun banyak berkongsi momen indah dalam media sosial, Ammar dan Che Ta dilihat memilih untuk merahsiakan identiti wanita berkenaan dengan tidak menampakkan wajahnya

Difahamkan, bapa kandung Ammar iaitu Azuar Effendy Zulkaply turut hadir meraikan detik istimewa tersebut bersama keluarga.

Untuk info, Che Ta pernah mendirikan rumah tangga dengan Azuar pada tahun 2005 dan berpisah pada 2003.

Hasil perkahwinan tersebut mereka mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Pada 2013, Che Ta mendirikan rumah tangga dengan Zain dan memiliki seorang anak perempuan iaitu Aaisyah yang kini berusia 11 tahun. – KOSMO! ONLINE
==============================
Btw, congrats to Ammar and tunang! Suka2 la dorang dpt majlis tunang camni, tapi Che Ta ni kemain protect privacy menantu. Nak stalker kena usaha lebih la nampaknya, malas2 nak usha. Hehe.

 
Back
Top
Log in Register