kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
"Watie selamat bersalin, Shuib dapat anak perempuan" PETALING JAYA – Pelawak Shuib berkongsi detik gembira apabila isterinya, Watie Hanifiah selamat melahirkan bayi perempuan, sebentar tadi.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 42, turut berkongsi foto anak kelimanya itu dalam akaun Instagram.
“Alhamdulillah tepat pukul 3.47 petang lahirnya puteri daddy dan mummy. Terima kasih sayang (Watie) jadi seorang wanita yang sangat luar biasa.
“Alhamdulillah semunya cukup senang dan dipermudahkan. Perancangan Allah luar biasa, kita reda, tawakal dan bersyukur selalu.
“Terima kasih yang mendoakan kami sekeluarga. Selamat datang #ajz ,” tulisnya.
Ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada sahabat handai dan juga netizen yang gembira dengan kelahiran puteri keduanya selepas Talita.
Sebelum ini Watie pernah alami keguguran anak sulung mereka pada 11 Mei 2025.
Shuib sebelum ini sudah memiliki empat orang anak bersama Allahyarham Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni, 14, Dzahira Talita Zahra, 13, Ariq Matin, 9 dan Ayash Affan, 4.
Untuk rekod Shuib dan Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah berkahwin pada 23 Jun 2023. – KOSMO! ONLINE
==============================
Alahai Shuib, anak dah lima dah! Semoga keluarga makin meriah la lepas ni. Kat IG nampak happy2 je, congrats lah. Tapi Watie, jaga diri elok2 ya. Nanti nak update daily pasal baby kat IG ke?
Watie selamat bersalin, Shuib dapat anak perempuan
PETALING JAYA - Pelawak Shuib berkongsi detik gembira apabila isterinya, Watie Hanifiah selamat melahirkan bayi perempuan, sebentar tadi.Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 42, turut berkongsi foto anak kelimanya itu dalam akaun Instagram.
www.kosmo.com.my