BTC USD 81,719.4 Gold USD 4,105.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LampeBerger Fits the Pyramid scheme description!

2 3 hari lepas kawan aku kerja gomen dah berhenti kerana nak fulltime buat LB..aku dgr income dia cecah 20k sebulan..betol ka tak akupun tak pasti sebab aku tak tengok duit dia..:D:D
 
MAKLUMAT DARI WEBSITE KPDNHEP:
Rz corporation sdn. Bhd. Tingkat bawah, bangunan amanah capital, jalan raja chulan, 50250 kuala lumpur.931127 level 1, menara hla, no. 3, jalan kia peng, 50450 kuala lumpur.
(t: 03-2162 9068 f: 03-2162 9193)
tarikh tamat lesen = 29.11.03-28.11.08
(perhatikan tulisan merah (di atas) dan bulatan merah (di gambar bawah - SAMA!))
http://www.kpdnhep.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=215&Itemid=436

TENGOK GAMBAR SURAT KHABAR KOSMO:
TAKTIKSYNTERBONGKARLAGI2.jpg
[/IMG]

WEB:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

PIC:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1205/Kosmo/Negara/ne_03.1.jpg

ADDRESS DAN TARIKH TAMAT LESEN SAMA DENGAN GAMBAR TERSEBUT!!
SYARIKAT RZ CORP @ SYN (STEVEN YEAM NETWORK)SKIM PIRAMID MMG PATUT DIHENTIKAN SBB MENYEBABKAN RAMAI ORG TERTIPU!


synbiz . net --> Sebenarnya skim piramid- cari2 org bukan jual barang sgt pun(hati2!!)
 
Last edited:
PETIKAN DARI KOSMO (05-12-2008)

Paksa ahli beli pangkat - Syarikat MLM beroperasi bagai labu peram untuk kaut untung segera

Oleh JUNHAIRI ALYASA
[email protected]

PUTRAJAYA - Ghairah untuk mengaut keuntungan segera, sebuah syarikat jualan langsung sanggup menawarkan pembelian 'pangkat' kepada ahlinya dengan dijanjikan pendapatan lumayan.

Lebih mengejutkan ialah ahli-ahlinya dari seluruh negara itu dipaksa membeli 'pangkat' mengikut status tertentu dan sering dipersalahkan jika gagal mendapatkannya setiap kali perjumpaan bulanan dilakukan.

Sekiranya ahli berjanji membeli pangkat, tetapi gagal, individu terbabit akan dipaksa membeli pangkat lebih rendah dengan harga yang lebih murah.

Pangkat paling rendah yang ditawarkan berharga RM9,000 dengan dijanjikan pendapatan RM1,000 hingga RM3,000 sebulan.

Ahli juga ditawarkan pangkat dengan status lebih tinggi jika membayar RM150,000 dan kononnya akan memperoleh pendapatan RM20,000 hingga RM50,000 sebulan.

Pangkat paling tinggi boleh dibeli dengan harga RM50 juta dan kononnya mendapat pendapatan tanpa had.

Seorang mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Ismail mendakwa, beliau mengalami kerugian RM150,000 untuk membeli pangkat dan pada masa yang sama, mendapat stok minyak wangi aromaterapi dan produk kecantikan yang diimport.

"Saya mula mengenali syarikat ini sejak Disember 2007, pada mulanya saya yakin dengan mereka, tetapi lama kelamaan apabila upline saya mula menekankan tentang pembelian pangkat setiap kali ada perjumpaan saya mula tidak sedap hati,'' katanya ketika ditemui di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di sini semalam.

Beliau yang juga seorang ahli perniagaan bertambah curiga apabila wujud organisasi lain yang menjalankan semua kegiatan pemasaran berbilang tingkat (MLM) dan bukan syarikat yang menjadi pemegang lesen.
 
sistem pyramid ni..xpyh join dah...kte sng org bwh kte susah..alasan kte bg...sape suh xberusaha...huhu
 
wujud lagi ekk LB nie...

ramai laa yg buat loan dlm tuh...
 
sekarang membe aku lak yg berdegang degung pasal LB...

ari2 cite kete2 luxury...

mmg aku respek...

sembang pon dah lain sekarnag...
 
semua MLM semua sama jer
member aku ada ajak join gak benda nie
aku refuse
selang beberapa bulan
member aku yg lain ajak benda alah nie
aku pon refuse
aku kata semua MLM semua sama jee...
jual kalo nak untung bersih
cari org untuk income lebih
selagi x dapat org join selagi tu la
x dapat income
 
aku slalu gak dtng sn...jumper clien aku kat sn...
nnt klu aku g opis tu,
aku btau kat orng yg depa approach tu supaya jgn join bnda haram nih.....
habih duit buang karan jerk....
 
Aku time mule2 kena aproach tu dieorg ni (otai dr kolumpur) dah beria2 suh aku beli pangkat..senang2 je ..aku mule rase xkena je..nk dpt income balik kena cri pulak 'mangsa' bru suh die beli pangkat gak...kalau xleh cri org mmg xde langsung income...cam b#b# je mende ni...
 
Back
Top
Log in Register