BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Laman Niaga 'Sekupang' Rancakkan Ekonomi Setempat

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
05a31f084e8f3c70cfdf0b4b83516c61690d3f9c8e100


Laman Niaga Sekupang D' Wisma Ria yang diperkenalkan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) sejak Okt, bukan sahaja menjadi tarikan baharu di bandar itu malah turut merancakkan ekonomi penduduk setempat.

Yang Dipertua MPSPK Tunku Iskandar Shah Tunku Muszaffar Shah berkata menerusi Laman Niaga Sekupang, peniaga dikenakan caj (sewa) serendah 10 sen bagi setiap tapak peniagaan mereka.

“Inisiatif yang MPSPK laksanakan ini merupakan tanda sokongan serta tanggungjawab kami dalam membantu rakyat berniaga tanpa rasa terbeban.

“Saya difahamkan bilangan pengunjung mencecah 300 orang sehari, pendapatan jualan peniaga juga dikatakan meningkat antara RM200 hingga RM400 sehari,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Mesra Komuniti Laman Sekupang 2025 di MPSPK, semalam.

Tunku Iskandar Shah berkata terdapat 124 tapak tersedia untuk peniaga dan masih ada kekosongan tapak untuk sesiapa sahaja yang berminat berniaga di situ, bermula dari 10 pagi sehingga 7 malam.

“Sekiranya ada permintaan, kita juga akan mempertimbangkan untuk melanjutkan aktiviti jualan sehingga waktu malam. Ini juga mungkin akan melibatkan jualan but kereta.

“MPSPK juga kini dalam perancangan mewujudkan dua lagi Laman Sekupang iaitu di Bandar Puteri Jaya dan Bandar Laguna Merbok, Disember ini,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga, Noor Azlina Abd Kader, 44, berkata caj serendah 10 sen bagi setiap tapak, ternyata membantu golongan peniaga meneruskan perniagaan masing-masing di kawasan disediakan.

“Proses pendaftaran dengan bayaran dibuat setiap hari melalui kakitangan MPSPK yang bertugas di tapak. Ini usaha yang baik dan menggalakkan orang ramai datang ke sini. Hasil jualan juga meningkat, terdapat pelbagai pilihan makanan di sini,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register