BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TMB100 Rancakkan Ekonomi Setempat, Tarik Lebih 4,000 Peserta

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

TMB100 Rancakkan Ekonomi Setempat, Tarik Lebih 4,000 Peserta​

fb37debe67bacda3f9e5c8351334814c6a6d965d4f0b9

4a453a8d1e61bc641ec2a7c0c0cb56506a6d9670a91e8


Penganjuran acara larian denai ultra, The Magnificent Baling 100 (TMB100), yang menghimpunkan lebih 4,000 peserta dari dalam dan luar negara terus merancakkan ekonomi setempat dengan memberikan limpahan pendapatan kepada pelbagai sektor di daerah ini.

Pegawai Daerah Baling, Yazlan Sunardie Che Yahaya berkata hampir semua sektor, khususnya penginapan, inap desa, peruncitan dan makanan, menerima manfaat daripada penganjuran acara berkenaan.

“Acara selama dua hari yang bermula semalam itu menyaksikan hampir semua hotel dan penginapan di daerah ini penuh, manakala ramai peniaga menikmati peningkatan pelanggan, terutama yang menjual makanan.

“Walaupun tempoh penganjurannya singkat, acara ini benar-benar memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat. Kita juga menggalakkan konsep ‘stay and spend’ dalam kalangan pengunjung yang hadir,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata penduduk setempat turut mengalu-alukan kehadiran pengunjung, malah peserta menikmati layanan istimewa apabila melalui kawasan kampung dengan penduduk menyediakan makanan dan minuman untuk mereka.

Yazlan berkata pihaknya kini bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mengkaji potensi memperluas kapasiti penginapan melalui penyertaan penduduk yang bersedia menawarkan bilik di rumah mereka kepada pengunjung.

Langkah itu merupakan persediaan bagi mengatasi kekurangan kemudahan penginapan di daerah berkenaan, sekali gus membolehkan lebih ramai peserta dan pelancong hadir pada penganjuran TMB100 pada masa hadapan.

Sementara itu, penduduk Kampung Bawah Gunung, Azman Ishak, 59, berkata masyarakat setempat berbangga apabila TMB100 berjaya membawa ribuan pengunjung ke daerah itu setiap tahun.

“Apabila ramai pelancong datang, ia membantu meningkatkan pendapatan penduduk, selain memperkenalkan Baling kepada orang luar. Ramai juga penduduk terlibat secara langsung, termasuk menyediakan minuman kepada peserta di sepanjang laluan perlumbaan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register