combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Perak Sasar Jadi Hab Pelancongan Pelayaran, Pacu Ekonomi Setempat
Kredit: Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak
Perak kini bersedia untuk menjadi hab pelancongan pelayaran utama dengan menawarkan alternatif kepada pelabuhan sedia ada seperti di Selangor serta Pulau Pinang, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Loh Sze Yee.
Beliau berkata ketibaan Star Dream Cruise untuk kali pertama ke negeri itu dengan kira-kira 3,000 pelancong antarabangsa dilihat memberi kesan penggandaan signifikan kepada perniagaan tempatan seperti makanan dan minuman, peruncitan, kraf tangan serta pengangkutan.
Beliau berkata pelancongan pelayaran bukan sahaja mempromosikan warisan budaya Perak, tetapi juga meningkatkan imej negeri pada peringkat global, menarik pelaburan dalam sektor pelancongan serta membuka peluang pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan pelancongan yang lebih baik.
“Ia mewujudkan peluang pekerjaan baharu bagi penduduk tempatan dalam pelbagai bidang seperti hospitaliti, pemandu pelancong dan industri kraf tangan.
“Peningkatan jumlah pelancong juga akan merangsang pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitar Lumut, Sitiawan dan Ipoh, menjadikan ia (lokasi) pelancongan dinamik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Loh berkata antara pilihan yang ditawarkan kepada pelancong ialah menaiki feri terus ke Pulau Pangkor sebaik tiba di perairan Perak atau sebagai alternatif, mereka boleh turun di Marina Island sebelum dibawa ke Ipoh untuk melawat pelbagai lokasi pelancongan dan tarikan di bandar itu.
Beliau berkata kerajaan negeri turut mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memperluas promosi produk pelancongan dan komuniti dari Kampung Baru dan Kampung Melayu di sekitar Manjung kepada pelancong antarabangsa, sekali gus memperkenalkan keunikan budaya serta produk tempatan kepada pasaran global.
“Sebagai contoh, kampung Cina mempunyai pelbagaian, terutamanya makanan tradisi Hokchiu yang terkenal seperti Kompia, Ang Chow Mee Suah serta Kampung Koh cili sos.
“Pada masa sama untuk perkampungan Melayu, terdapat pelbagai produk yang sudah terkenal sekian lama seperti sate ikan, ikan bilis, sambal ikan bilis mata biru dan sebagainya yang boleh diperkenalkan ke peringkat antarabangsa,” katanya.
Loading…
www.bernama.com