kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Malaysia Sasar Jadi Hab Inovasi Bioherba Di Asia
Kredit: FB Dr Dzulkefly Ahmad
Malaysia berpotensi menjana nilai ekonomi antara RM30 bilion hingga RM50 bilion dalam tempoh sedekad menerusi pembangunan industri herba, dengan kerajaan menyasarkan untuk menjadi Hab Inovasi BioHerba terkemuka di Asia.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menerusi hantaran di Facebook malam ini berkata perkara itu antara yang dibincangkan ketika mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Pembangunan Herba Negara (MPHN) hari ini.
Beliau berkata mesyuarat yang bertujuan memacu dasar dan objektif strategik bagi membuka potensi penuh industri herba Malaysia itu turut membincangkan usaha merealisasikan potensi berkenaan menerusi pelaburan awam dan swasta yang diselaraskan dengan teliti serta keutamaan dasar yang tepat.
“Potensi luar biasa ini boleh digarap menerusi pelbagai usaha berfokus seperti penanaman komersial tumbuhan perubatan keutamaan, pengesahan klinikal serta perubatan herba berasaskan bukti dan penemuan fitokimia berbantukan kecerdasan buatan (AI).
“Pada masa sama, tumpuan juga harus diberikan kepada kajian genomik dan metabolomik untuk sebatian herba, perlindungan Harta Intelek (IP) dan paten antarabangsa serta penghasilan produk herba halal berorientasikan eksport,” katanya.
Dzulkefly berkata usaha itu perlu dilaksanakan seiring dengan integrasi bioteknologi dan perubatan kejituan selain pembentukan laluan kawal selia yang lebih teguh selari dengan standard antarabangsa.
Beliau berkata Malaysia mempunyai pelbagai kelebihan daya saing bagi membangunkan industri herba, termasuk sebagai satu daripada 17 negara megadiversiti dunia dengan kira-kira 1,200 spesies tumbuhan di Semenanjung dikenal pasti mempunyai nilai perubatan.
Menurut Dzulkefly, Malaysia juga berada di tangga ke-12 dunia dalam Indeks Biodiversiti Kebangsaan manakala kekayaan biodiversiti negara perlu diterjemahkan kepada inovasi, penciptaan nilai dan pertumbuhan ekonomi yang mampan.
“Kita juga unggul menerusi kepimpinan halal, disokong oleh sistem pensijilan yang diiktiraf secara global, lantas membuka ruang yang luas dalam pasaran penjagaan kesihatan Muslim yang semakin pesat berkembang.