BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Labuan IBFC Inc, ASAS Dan STEP Perkukuh Amalan Perancangan Kekayaan, Pusaka Serta Tadbir Urus Syariah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Labuan IBFC Inc, ASAS Dan STEP Perkukuh Amalan Perancangan Kekayaan, Pusaka Serta Tadbir Urus Syariah​

bd3eb13e756dc51e866b8cbc9a5128e36a7d82ca0ee4e

Ketua Pegawai Eksekutif Labuan IBFC Inc Ben Quah - Kredit: Labuan IBFC Inc

Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd (Labuan IBFC Inc), agensi pemasaran rasmi bagi Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC), menghimpunkan pengamal industri dan pakar dalam satu forum untuk membincangkan perancangan kekayaan, pentadbiran harta pusaka dan tadbir urus syariah.

Forum Islamic Wealth & Legacy Forum 2026 - Beyond Faraid: Islamic Wealth Governance, Labuan Structures and Legacy Continuity, yang berlangsung di sini semalam, dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Penasihat Syariah Kewangan Islam Malaysia (ASAS) dan Persatuan Pengamal Amanah dan Harta Pusaka (STEP).

Dalam satu kenyataan, Labuan IBFC Inc memaklumkan forum yang menghimpunkan profesional perancangan harta pusaka, penasihat Syariah, pengamal amanah dan harta pusaka, pengurus kekayaan serta pakar perundangan bertujuan untuk meneroka pendekatan berkesan dalam memelihara, mengurus dan memindahkan kekayaan.

Perbincangan merangkumi pentadbiran pusaka termasuk faraid, tadbir urus pentadbiran pusaka Syariah, perancangan pewarisan serta instrumen amanah, takaful dan pelbagai struktur kekayaan yang lain.

Dalam ucaptama pada forum itu, Ketua Pegawai Eksekutif Labuan IBFC Inc Ben Quah menyentuh mengenai peranan Labuan IBFC sebagai platform bagi perancangan kekayaan persendirian dan penyelesaian pengurusan kekayaan rentas sempadan.

“Apabila kekayaan kian bersifat global, keluarga memerlukan penyelesaian yang fleksibel untuk melindungi aset dan memastikan kesinambungan jangka panjang. Labuan IBFC boleh memenuhi keperluan ini sambil melengkapkan kepimpinan Malaysia mengenai pengurusan kekayaan persendirian  menerusi ekosistem kerjasama yang kukuh,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Cawangan STEP Malaysia Farah Deba dalam ucapan alu-aluannya berkata ketiga-tiga organisasi itu mempunyai perspektif yang berbeza, dengan STEP berperanan sebagai penasihat kepada keluarga dari generasi ke generasi, Labuan IBFC menyediakan dimensi kekayaan keluarga antarabangsa dan penstrukturan harta, manakala ASAS membawa perspektif teras Syariah.

“Faraid hanyalah satu bahagian dalam perancangan pusaka. Namun, perancangan itu tetap mematuhi prinsip-prinsip Islam,” katanya.

Menurut Labuan IBFC Inc, forum itu bermula dengan sesi bertajuk Beyond Faraid - The Real Challenges in Muslim Estate Administration, yang membincangkan cabaran dalam mengurus harta pusaka sambil memastikan pewarisan dapat dilaksanakan melalui perancangan harta yang berkesan.

 
Back
Top
Log in Register