BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kumpulan kerja ditubuh bagi perkukuh kejururawatan jagaan jangka panjang

Bob_SG

Fun Poster
Messages
719
Joined
Jun 14, 2025
Messages
719
Reaction score
2
Points
25

Kumpulan kerja ditubuh bagi perkukuh kejururawatan jagaan jangka panjang​

screenshot_2026-07-06_233019.jpg

(Gambar: Mediacorp)

SINGAPURA: Sektor jagaan jangka panjang di Singapura akan menerima rangsangan, dengan penubuhan sebuah kumpulan kerja bagi meningkatkan tahap kecekapan dan piawai profesional para jururawat.

Ia terdiri daripada ketua-ketua jururawat dari rumah jagaan serta hospital masyarakat dan hospital akut bagi memacu pembangunan kemahiran dalam sektor jagaan pada jangka panjang.

IKLAN

Kumpulan kerja itu ditubuhkan sedang Singapura bersiap sedia bagi permintaan lebih tinggi sedang penduduk semakin menua.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata: "masa depan jagaan kesihatan di Singapura akan dibentuk oleh masa depan kejururawatan di Singapura.

Kejayaan perjalanan transformasi ini pada akhirnya akan bergantung bukan sahaja kepada dasar-dasar atau program-program mahupun kursus-kursus latihan, tetapi lebih kepada individu, kepada jururawat yang bersedia untuk mengalas peranan baharu, membangunkan keupayaan baharu, mempelajari kemahiran baharu dan menerajui perubahan di lapangan.

Encik Ong berkata demikian di satu acara,
di mana seramai 151 jururawat diberikan salah satu pengiktirafan tertinggi dalam bidang kerjaya tersebut - iaitu Anugerah Merit Jururawat.


IKLAN
Anugerah tersebut memberi pengiktirafan kepada jururawat merentasi sistem jagaan kesihatan, yang menunjukkan dedikasi cemerlang dalam jagaan pesakit.

 
Back
Top
Log in Register