BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GPC akan bentang usul strategi pengangkutan jangka panjang bagi tingkat keterhubungan global SG

Bob_SG

Fun Poster
Messages
719
Joined
Jun 14, 2025
Messages
719
Reaction score
2
Points
25

GPC akan bentang usul strategi pengangkutan jangka panjang bagi tingkat keterhubungan global SG​

screenshot_2026-07-03_190703.jpg

Kapal-kapal maritim berlabuh di perairan selatan Singapura. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Jawatankuasa Parlimen Pemerintah bagi Pengangkutan (GPC) akan membentangkan usul pada Selasa (7 Jul) bagi menggesa Singapura supaya mengukuhkan strategi pengangkutan jangka panjang supaya ia kekal berdaya saing secara global.

Ia adalah usul ahli persendirian pertama yang dibentangkan oleh sebuah GPC sejak Pilihan Raya Umum 2025.

IKLAN

Bercakap kepada wartawan menjelang persidangan itu, pengerusi GPC Tin Pei Ling berkata usul itu bertujuan meletakkan ketersambungan sebagai pemacu penting bagi daya saing ekonomi jangka panjang Singapura.

Perbahasan itu akan memberi tumpuan pada ketersambungan global dan bukannya isu pengangkutan awam harian, katanya, walaupun ia tetap satu keutamaan GPC.

Isu-isu yang dibincangkan "mungkin tidak menarik dari segi politik" tetapi ia adalah penting di "peringkat strategik kebangsaan", kata Cik Tin.

Beliau akan memimpin usul itu bersama timbalan pengerusi Edward Chia.

Dilakarkan selama berbulan-bulan, ia bertujuan menetapkan agenda bagi perbincangan pengangkutan bagi keseluruhan penggal parlimen.

IKLAN

Para AP juga berharap Singapura dapat menggunakan jawatannya sebagai pengerusi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada 2027 untuk mengukuhkan kerjasama pengangkutan serantau di tengah-tengah ketidakpastian geopolitik yang semakin meningkat.

"Sebagai sebuah ekonomi terbuka, sebagai sebuah negara kecil, tentu sekali adalah penting untuk kita pastikan bahawa kita mempunyai hubungan yang teguh ke rantau ini dan ke seluruh dunia," kata Cik Tin.

Usaha melakarkan usul tersebut dimulakan sebelum konflik terkini di Timur Tengah, namun Cik Tin berkata krisis itu mengukuhkan lagi keperluan mendesaknya.

KESAN AI TERHADAP PENGANGKUTAN

Usul itu meliputi empat bidang bertujuan mengukuhkan daya tahan Singapura: kerjasama antarabangsa, teknologi perintis, prasarana digital dan fizikal bersepadu dan mewujudkan pekerjaan baik untuk rakyat Singapura.

IKLAN

Berhubung teknologi, Cik Tin berkata Singapura seharusnya kurang menumpukan perhatian kepada persaingan dalam model kecerdasan buatan asas, dan lebih mengutamakan penerapan kecerdasan buatan dalam sektor pengangkutan.

Beliau dan Encik Chia berkata AI dapat menyepadukan sistem pengangkutan dengan lebih baik merentasi darat, laut dan udara, mengoptimumkan aliran dan meningkatkan kecekapan merentas platform.

Para AP juga berhasrat menyeru bagi lebih pelaburan dalam penyelidikan dan pengembangan (R&D), di samping prasarana yang dapat menyepadukan sistem digital dan fizikal dengan lebih baik.

Usul itu juga akan melihat bagaimana Singapura boleh menyediakan para pekerja untuk menghadapi perubahan oleh AI dan teknologi baharu yang lain dalam sektor pengangkutan, dengan matlamat mengekalkan pekerjaan bernilai tinggi di samping membantu para pekerja membina kemahiran yang diperlukan bagi peranan masa hadapan, kata Cik Tin.

Encik Chia berkata perbincangan dengan panel sumber pengangkutan GPC mendapati bahawa para majikan lebih bimbang tentang pengisian jawatan berbanding kehilangan pekerjaan, terutamanya dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih penerbangan, serta dalam sektor maritim.

IKLAN

Ini mungkin berasal daripada ciri-ciri pekerjaan yang mencabar atau kurang kesedaran dan minat dalam kerjaya tersebut, kata kedua-dua AP berkenaan.

"Ia bukan tentang kehilangan pekerjaan, ia tentang bagaimana kita dapat melatih, meningkatkan kemahiran rakyat Singapura, meningkatkan kesedaran mengenai peluang kerjaya dalam sektor pengangkutan," kata Encik Chia.

Para AP juga merancang untuk mengusulkan perkongsian lebih kukuh antara syarikat-syarikat besar, firma bersaiz kecil dan sederhana (SME) dan syarikat pemula untuk memacu strategi pengangkutan Singapura.

KESALINGHUBUNGAN SERANTAU

Mengukuhkan kesalinghubungan serantau, khususnya dalam ASEAN, merupakan satu lagi tunggak utama usul tersebut.

Encik Chia berkata Singapura harus memperdalam kerjasama bersama ekonomi serantau bagi meningkatkan pengeluaran.

"Kami sudah pun mencatatkan sedikit kemajuan dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura. Dapatkah kita lanjutkannya kepada Singapura-Johor-Batam-Bintan?" katnaya.

Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dimeterai pada Januari tahun lalu, dan perbincangan sudah pun dilanjutkan untuk meneroka melanjutkan kerjasama bersama Indonesia sebagai sebahagian daripada penyepaduan ekonomi serantau lebih luas.

"Batam sebenarnya sudah pun lakukan banyak dari segi dok kering, penyelenggaraan kapal dan pembinaan kapal. Mereka tentu sekali mempunyai lebih banyak ruang berbanding kita," kata Encik Chia.

"Tetapi bagaimana kita, sebagai sebuah ekosistem serantau, dapat memanfaatkan perkongsian saling melengkapi untuk menjalin hasil praktikal yang saling menguntungkan dan menjamin daya ketahanan serantau pada masa yang sama?"

Cik Tin juga menukil Grid Tenaga ASEAN sebagai contoh perkongsian tenaga serantau, walaupun beliau berkata risiko geopolitik kekal sebagai cabaran utama kerana grid itu melalui beberapa perundangan.

Apabila laluan darat terganggu, Singapura boleh meneroka cara alternatif untuk mendapatkan tenaga hijau, seperti mengubahnya kepada bentuk yang boleh dipindahkan melalui laut atau udara, katanya, sebagai contoh, katanya, mengapa Singapura perlu kesalinghubungan yang berdaya tahan merentasi darat, laut dan udara.

Lagi enam anggota GPC juga dijangka menyentuh tentang pelbagai aspek pengangkutan dalam ucapan mereka, meliputi inovasi, pekerjaan, logistik dan kemampanan.

 
Back
Top
Log in Register