BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

P.Pinang Perkemas Keperluan Perancangan Bagi Perkukuh TOD

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

P.Pinang Perkemas Keperluan Perancangan Bagi Perkukuh TOD​

ebb0f2d4b2cc4deb1ebf445a43ff049f6a990b9e34420


Kerajaan  Pulau Pinang melalui PLANMalaysia@Pulau Pinang sedang mengambil langkah proaktif menggariskan dan melaksanakan keperluan perancangan bersesuaian, bagi pembangunan tertentu bagi menggalakkan serta memperkukuh pelaksanaan pembangunan berorientasikan transit (TOD) di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri Jason H'ng Mooi Lye berkata langkah itu penting, bagi memastikan pembangunan TOD tidak hanya tertumpu kepada peningkatan kepadatan pembangunan, sebaliknya merangkumi aspek kesalinghubungan dan kemudahan awam.

Beliau berkata komponen TOD turut dimasukkan dalam Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2040 (Kajian Semula) dan konsep tersebut adalah lebih luas, serta tidak seharusnya dilihat sebagai pendekatan untuk membolehkan pemaju membangunkan kawasan berkepadatan tinggi semata-mata.

“TOD bukan seolah-olah nak buat lebih banyak bangunan, lebih banyak populasi atau berkepadatan tinggi, tetapi ia berkaitan dengan keseluruhan kesalinghubungan dan kemudahan asas untuk orang awam yang tinggal di kawasan sekitarnya.

“Apabila ada LRT (Projek Transit Aliran Ringan) Laluan Mutiara, stesen bas, teksi dan sebagainya pada masa akan datang, penduduk perlu mempunyai kesalinghubungan yang baik untuk memudahkan mereka menggunakan pengangkutan awam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Institut Perancang Malaysia (MIP) Cawangan Utara bertajuk “Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) di Pulau Pinang: Janji, Potensi dan Risiko”, di sini hari ini.

H'ng berkata kerajaan negeri juga akan memperkenalkan lebih banyak garis panduan dan keperluan berkaitan TOD pada masa hadapan, namun pelaksanaannya akan dibuat berdasarkan kes demi kes dengan mengambil kira lokasi, persekitaran dan ciri-ciri khusus sesuatu pembangunan.

Beliau berkata pendekatan itu, antara lain bertujuan memperkukuh hubungan batuan pertama dan terakhir, khususnya susulan pembinaan projek LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang.

“Antara satu langkah yang sedang diberi perhatian ialah penyediaan laluan pejalan kaki berbumbung terutama bagi pembangunan yang terletak berhampiran zon TOD atau stesen pengangkutan awam dan kemudahan itu penting, bagi menggalakkan orang ramai berjalan kaki dan mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian.

“Kalau seseorang turun dari kediaman dan hendak berjalan ke sesuatu tempat dengan adanya tempat jalan kaki berbumbung, mereka masih boleh berjalan ketika hujan atau panas, kita perlu bermula dari sekarang kerana kalau LRT sudah ada tetapi tiada tempat jalan kaki berbumbung dan hubungan yang baik, ia akan menjadi masalah,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register