BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KKR-Ombudsman Sarawak Perkukuh Kerjasama Perkemas Aduan Infrastruktur

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
e39c6fd1f575e5a61aa841fbbf46af5169ea172586bfa

105ac00291c4178a9e753e7a70b9c6d069ea176193ec9

017cfba04d4c14aa7df5ffccf0302d0969ea1773bfb16

3c3791004da06ca500a14da27f6f182069ea1789d51fd

Kredit: FB Alexander Nanta Linggi

Kementerian Kerja Raya (KKR) memperkukuh kerjasama strategik dengan Ombudsman Sarawak bagi memperkemas pengurusan aduan berkaitan projek infrastruktur di negeri berkenaan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata langkah itu dizahirkan menerusi kunjungan hormat Ombudsman Sarawak bersama delegasi ke KKR hari ini.

Beliau berkata pertemuan itu bertujuan mewujudkan persefahaman dan kerjasama lebih tersusun antara kedua-dua pihak dalam mengurus aduan projek pembangunan yang melibatkan kepentingan rakyat.

“Kerjasama ini akan memudah cara penyelarasan dua hala aduan, termasuk penyaluran aduan projek Persekutuan kepada KKR serta rujukan isu melibatkan Jabatan Kerja Raya Sarawak kepada Ombudsman Sarawak bagi tujuan penelitian dan penambahbaikan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Alexander berkata walaupun tidak bertindak sebagai badan kehakiman, Ombudsman Sarawak berfungsi sebagai pengantara bebas yang menyokong usaha penambahbaikan tadbir urus ke arah sistem pentadbiran yang lebih adil, cekap, telus dan berkesan demi kepentingan rakyat.

Beliau menyokong penuh langkah tersebut dan berharap jalinan kerjasama itu dapat terus diperkasa, khususnya dalam memperkemas pengurusan aduan berkaitan projek infrastruktur serta memastikan setiap inisiatif pembangunan dapat disiapkan mengikut perancangan.

Pertemuan itu disertai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKR Datuk Zainal Alhakab Seman, Ketua Ombudsman Sarawak Datuk Seri Abdul Ghafur Shariff dan delegasi Ombudsman Sarawak.

 
Back
Top
Log in Register