BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia-Thailand Perkemas Pelarasan Kerjasama Antara Agensi Di Sempadan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Malaysia-Thailand Perkemas Pelarasan Kerjasama Antara Agensi Di Sempadan​

9cda94e47b494bbe491ac891ebf814176a9e8774b81fb

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bercakap pada sidang media selepas Working Luncheon yang dihoskan Kementerian Luar bagi meraikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Thailand Sihasak Phuangketkeow di sebuah hotel hari ini. Turut sama Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Timbalan Ketua Setiausaha (Hal Ehwal Pelbagai Hala) Kementerian Luar Negeri Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Malaysia dan Thailand akan memperkemas penyelarasan kerjasama antara pelbagai agensi kedua-dua negara, khususnya berkaitan keselamatan dan pembangunan di kawasan sempadan, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata perkara itu antara yang dibincangkan dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Thailand Sihasak Phuangketkeow hari ini, bagi memastikan kerjasama sedia ada dapat diselaraskan dengan lebih baik termasuk dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan.

Mohamad berkata perkara itu penting bagi mengelakkan pertindihan antara agensi kedua-dua negara, yang boleh menyebabkan pembaziran sumber, selain memastikan hasrat pemimpin Malaysia dan Thailand untuk memperkukuh hubungan dua hala dapat diterjemahkan dengan berkesan.

“Kita nak selaraskan supaya kita dapat pastikan, terutamanya dari segi keselamatan sempadan supaya kita tidak ada lagi isu-isu penyeludupan yang merugikan kedua-dua pihak.

“Malaysia rugi, Thailand rugi kerana ada jenis barangan yang diseludup ke Thailand, ada juga jenis barangan daripada Thailand diseludup ke Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menjadi hos Majlis Makan Tengah Hari bersempena dengan lawatan kerja dua hari Sihasak ke Malaysia.

Mohamad berkata kedua-dua pihak turut membincangkan cadangan penyelarasan pembinaan pagar sempadan, dengan Thailand bercadang membina pagar di kawasan yang belum dipagarkan Malaysia bagi mengelakkan pertindihan.

“Di kawasan mana yang kita telah pagar, dia (Thailand) tak akan memagar dan dia akan buat di kawasan yang belum ada pagar. Jadi ini kerjasama dari segi keselamatan dan juga dari segi pengurusan sempadan,” katanya.

Mengenai situasi di Selatan Thailand, beliau berkata Malaysia yang diberikan penghormatan sebagai pemudah cara dalam proses dialog damai akan terus membantu usaha membawa rundingan berkenaan ke fasa yang lebih baik.

 
Back
Top
Log in Register