BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KSN Ucap Tahniah Pelantikan Suriani Ahmad Sebagai KSU KKDW

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
e463acfbd37912c2c0b0254320b4d55669f81520829c6

Kredit: Fb Shamsul Azri bin Abu Bakar

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Suriani Ahmad yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Shamsul Azri berkata beliau yakin dengan kompetensi dan pengalaman yang dimiliki oleh Suriani.

“Beliau mampu memacu kecemerlangan KKDW dalam pembangunan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar berteraskan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam untuk mencapai aspirasi Malaysia MADANI,” katanya.

Shamsul Azri berkata Suriani, 58, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian), Universiti Sains Malaysia (USM) serta Ijazah Sarjana Sastera dalam bidang Strategi dan Diplomasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau berkata Suriani berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan, dasar awam dan hubungan antarabangsa, selain pernah menyandang beberapa jawatan penting.

Antaranya sebagai KSU di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Komunikasi dan Multimedia; Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; serta Kementerian Kesihatan.

 
Back
Top
Log in Register