BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPT Bakal Perluas Program Kembara Pendidikan Tinggi Ke Seluruh Negara

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

KPT Bakal Perluas Program Kembara Pendidikan Tinggi Ke Seluruh Negara​

13ac62b2d2335050952d4aa52fb057b36a0c29467a7c6

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (tengah) melakukan gimik Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Kampung Menerong di Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong, Ajil.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memperluas Program Kembara Pendidikan Tinggi ke seluruh negara sebagai pendekatan baharu untuk merapatkan lagi institusi pengajian tinggi dengan masyarakat, sekali gus menyumbang kepada pembangunan komuniti.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata program itu dilaksanakan menerusi kerjasama universiti awam, politeknik dan kolej komuniti dengan memanfaatkan ilmu serta kepakaran dimiliki institusi berkenaan untuk masyarakat setempat.

“Program Kembara Pendidikan Tinggi  yang dilancarkan hari ini di Terengganu akan diperluaskan ke negeri lain secara berperingkat.

“Kita akan turun ke kampung untuk mengenal pasti kawasan yang memerlukan penglibatan universiti bagi mengubah sosioekonomi masyarakat menerusi projek berkaitan ilmu,” katanya selepas Majlis Pelancaran Program Kembara Pendidikan Tinggi@Terengganu bersempena Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.

Zambry berkata UMT dipilih sebagai universiti peneraju bagi pelaksanaan program itu berikutan kejayaan membantu meningkatkan sosioekonomi komuniti menerusi projek berasaskan ilmu dan kepakaran, termasuk perusahaan madu kelulut dan cendawan.

Beliau berkata universiti tersebut mempunyai kelebihan dari segi kepakaran dan kajian terhadap kedua-dua produk berkenaan yang kemudiannya diterjemahkan di peringkat kampung supaya komuniti setempat dapat turut mengusahakannya.

"Alhamdulillah, antara kejayaan yang dapat dilihat ialah pengeluaran madu kelulut secara berkelompok oleh masyarakat kampung dan penanaman cendawan yang membantu menambah pendapatan penduduk," katanya.

Zambry berkata beberapa universiti lain seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing turut bersama-sama menjayakan inisiatif berkenaan.

Beliau berkata pelaksanaan Program Kembara Pendidikan Tinggi juga akan melibatkan kerjasama dengan sekolah bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mempertingkatkan pengetahuan, khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

 
Back
Top
Log in Register