BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPT Perkukuh Penyelarasan Dasar Pendidikan Tinggi Dengan Kerajaan Negeri

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
ae6c96474836f3a0997bb28ccf1f184d69e71de463517

Kredit : FB Kementerian Pendidikan Tinggi

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengadakan mesyuarat bersama-sama ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri pendidikan dan pendidikan tinggi sebagai platform strategik memperkukuh penyelarasan dasar antara Kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri dalam sektor pendidikan tinggi.

Dalam kenyataan hari ini, KPT memaklumkan mesyuarat semalam dipengerusikan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir juga bertujuan menghebahkan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035.

“Ini sekali gus memastikan kerajaan negeri memperoleh pemahaman jelas dan terkini berhubung dasar, strategi serta keutamaan pembangunan pendidikan tinggi negara.

“Selain itu, mesyuarat turut memberi fokus kepada hala tuju pendidikan tinggi negara termasuk perkembangan dan isu semasa pada peringkat nasional serta antarabangsa.

“Pendekatan ini penting dalam memastikan penyelarasan dasar dan pelaksanaan yang lebih berkesan pada peringkat negeri,” menurut kenyataan itu.

KPT memaklumkan mesyuarat dimanfaatkan untuk mendapatkan maklum balas, pandangan dan cadangan konstruktif, khususnya berkaitan cabaran pelaksanaan serta potensi kerjasama strategik antara kementerian itu dan kerajaan negeri.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan KPT dalam memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi yang responsif, berdaya saing dan mampan.

“Di samping itu, ia juga memperluas jaringan kolaborasi strategik pembangunan bakat, penyelidikan, inovasi dan peningkatan kebolehpasaran graduan selaras dengan aspirasi pembangunan negara,” menurut kenyataan itu.

KPT memaklumkan mesyuarat dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim, Ketua Setiausaha KPT Datuk Dr Anesee Ibrahim dan barisan pengurusan tertinggi KPT.

 
Back
Top
Log in Register