BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kualiti Pendidikan Tinggi Negara Kekal Diiktiraf - MQA

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,386
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,386
Reaction score
346
Points
141

Kualiti Pendidikan Tinggi Negara Kekal Diiktiraf - MQA​

070a6f7a17821f18430f2b59a80462e56a2e68440e372

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) , Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran menyampaikan ceramah pada Program 'Graduate Employability : Antara Realiti dan Ekspektasi di Pusat Konvensyen UUM.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kualiti pendidikan tinggi negara kekal diiktiraf pada peringkat antarabangsa dan tidak mempunyai kaitan dengan isu kebolehpasaran graduan tempatan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

Beliau berkata graduan masa kini perlu memiliki nilai tambah dan pelbagai kemahiran bagi membolehkan mereka bersaing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar, kerana pencapaian akademik cemerlang sahaja tidak lagi menjamin seseorang graduan memperoleh pekerjaan.

“Persaingan mendapatkan pekerjaan pada masa kini sangat sengit dan graduan perlu melengkapkan diri dengan kemahiran tambahan seperti penguasaan pelbagai bahasa, pemikiran kritis serta menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi dan kehendak industri.

“Purata nilai gred keseluruhan (CGPA) yang baik hanya membolehkan seseorang graduan dipanggil menghadiri temu duga, namun kejayaan mendapatkan pekerjaan bergantung kepada nilai tambah yang dimiliki. Akademik merupakan syarat asas, tetapi dunia pekerjaan hari ini memerlukan lebih daripada itu,” katanya pada program Graduate Employability: Antara Realiti dan Ekspektasi di Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini hari ini.

Mohammad Shatar berkata dakwaan kononnya kualiti pendidikan tinggi negara semakin merosot sehingga graduan sukar mendapat pekerjaan adalah tidak berasas.

Beliau berkata semua program pengajian yang ditawarkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta di bawah akreditasi MQA memenuhi piawaian antarabangsa dan dibangunkan dengan mengambil kira keperluan industri.

Sementara itu, Naib Canselor UUM Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata universiti itu terus memperkukuh kurikulum pengajiannya bagi memastikan setiap program sentiasa relevan dengan keperluan industri semasa, termasuk menerapkan elemen kecerdasan buatan (AI) dalam pelbagai bidang pengajian.

Beliau berkata pihak universiti sentiasa mendapatkan pandangan daripada pemain industri melalui Majlis Perundingan Industri, selain bakal memperkenalkan panel penasihat industri antarabangsa melibatkan syarikat multinasional bagi memastikan program yang ditawarkan memenuhi keperluan semasa.

UUM turut memberikan penekanan terhadap pensijilan profesional dan melaksanakan program School of Hard Knocks (SoHK), yang memberikan pendedahan industri kepada pelajar tahun akhir bagi meningkatkan peluang mereka mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

 
Back
Top
Log in Register