BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kementerian Komunikasi Perluas Program Wayang Pacak Ke Seluruh Negara

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
4333291bb1cfa9ffb402bacef746704c69eb8e2a0edad

80c906e528f09a608db9bb32d7cb5f7e69eb8ec7769f8

e6a6a0f4dcb1763052272f24125dc33769eb8eda265eb

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil bersama kanak-kanak pada Program Wayang Pacak di Kabin MPKK Permatang Pasir di sini hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Komunikasi menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mempergiat usaha mendekatkan filem tempatan dengan masyarakat menerusi penganjuran program wayang pacak menerusi tayangan filem Babah di Permatang Pasir di sini malam ini.

Program berkonsep santai itu mendapat sambutan menggalakkan apabila kira-kira 230 penduduk setempat hadir bersama keluarga bagi merasai pengalaman menonton filem di ruang terbuka.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata program itu dilaksanakan dengan kerjasama FINAS, Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dan Jabatan Penerangan sebagai usaha membawa hiburan berkualiti lebih dekat kepada rakyat.

“Filem Babah merupakan antara karya yang memenangi pelbagai anugerah sebelum ini, dan saya berbangga dapat bersama para pelakon serta komuniti setempat malam ini.

“Saya harap program seperti ini bukan sahaja memberi peluang kepada warga Kampung Pematang Pasir malah golongan muda khususnya anak-anak dapat menikmati pengalaman menonton wayang dalam suasana santai dan selesa,” katanya kepada pemberita pada majlis berkenaan malam ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah.

Fahmi juga berkata berkata format program wayang pacak itu dilihat sesuai untuk diperluas ke lebih banyak lokasi di seluruh negara.

Program malam ini turut diserikan dengan kehadiran pelakon utama, iaitu Qi Razali dan Cristina Suzanne Stockstill serta diselitkan dengan pengisian ringkas Kempen Internet Selamat selain cabutan bertuah.

 
Back
Top
Log in Register