combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
KPT Ambil Langkah Perlu Susulan Arahan PM Berkaitan Tindakan Disiplin Mahasiswa
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memberi penerangan pada sesi Townhall sempena Program Karisma Pemimpin Muda Madani 2026 Zon Timur di Dewan Konvokesyen UMPSA, hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengambil langkah perlu susulan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tindakan disiplin terhadap mahasiswa yang melanggar peraturan universiti.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata langkah itu turut mengambil kira perkara yang telah diputuskan pada peringkat perundangan dan kaedah-kaedah universiti, khususnya membabitkan kebebasan mahasiswa.
“Ia termasuk beberapa perkara. Kalau ada didapati kes yang dilakukan kesalahan pada peringkat Hal Ehwal Pelajar (HEP), maka langkah-langkah itu perlu diambil.
“Pada hari ini, semua Naib Canselor telah pun mengadakan mesyuarat bersama dengan Ketua Pengarah (Pendidikan Tinggi) dan kenyataan itu akan dikeluarkan (kelak),” katanya kepada pemberita di Dewan Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas program Kembara KARISMA Pemimpin Muda MADANI (Zon Timur) Tahun 2026, yang menghimpunkan 500 pensyarah dan pentadbir muda berusia 40 tahun ke bawah daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Mengenai sama ada perubahan itu turut melibatkan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Zambry berkata perkara berkenaan perlu diteliti kerana IPTS tertakluk kepada undang-undang berbeza, termasuk Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555].
Namun, beliau berharap IPTS, khususnya institusi pendidikan milik atau berkaitan kerajaan negeri dapat bekerjasama dan melaksanakan perubahan yang sama.
Pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 13 semalam, Anwar Ibrahim mahu semua mahasiswa yang dikenakan tindakan disiplin kerana menyuarakan kritikan terhadap beliau dan kerajaan dilepaskan daripada kesalahan berkaitan.
Langkah itu selaras dengan semangat pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang diumumkan Perdana Menteri, baru-baru ini.