BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Perak Ambil Tindakan Pantas Susulan Dakwaan Kenderaan Asing Isi RON95 Di Taiping

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

KPDN Perak Ambil Tindakan Pantas Susulan Dakwaan Kenderaan Asing Isi RON95 Di Taiping​

f60048f98e1de8c0fa0acb8d1241502e6a7c0b2d5bffe

Kredit: KPDN Perak

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak mengambil tindakan pantas, menyiasat dakwaan sebuah kenderaan bernombor pendaftaran asing mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak di Taiping, yang tular di media sosial.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Taiping, menjalankan siasatan di stesen minyak berkenaan pada 11 pagi semalam susulan aduan yang diterima.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira 4 petang Isnin lepas, dengan pembelian petrol RON95 dibuat menggunakan kad kredit melalui terminal pembayaran luar (OTP), manakala kenderaan yang digunakan disyaki nombor pendaftaran asing.

“Kita juga telah membuat semakan transaksi jualan, selain rakaman kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak berkenaan turut diperoleh untuk disemak bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamalludin berkata satu tindakan kes dibuat di bawah subperaturan 3(2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Penjualan dan Pembelian Barang Kawalan) (Petrol RON95) 2026, kerana disyaki melanggar subperaturan 3(1) yang melarang penjualan petrol RON95 kepada mana-mana orang bagi kegunaan kenderaan motor asing tanpa kebenaran bertulis Pengawal.

Kamalludin berkata satu lagi kes turut disiasat di bawah subperaturan 4(3) peraturan sama kerana disyaki melanggar subperaturan 4(1), iaitu larangan membeli petrol RON95 bagi kegunaan kenderaan motor asing tanpa kebenaran bertulis Pengawal.

Menurutnya kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Justeru, beliau berkata orang ramai dinasihatkan menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi bagi membantu membanteras ketirisan subsidi kerajaan.

 
Back
Top
Log in Register