BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Unit Integriti Diarah Ambil Tindakan Susulan Kematian Nur Qaira - Fadhlina

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Unit Integriti Diarah Ambil Tindakan Susulan Kematian Nur Qaira - Fadhlina​

2694dd746531039b1df30b88be2fab0d6a90488906c3e

Kredit: FB Fadhlina Sidek

Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Unit Integriti mengambil tindakan lanjut berhubung aduan keluarga kepada murid Tahun Empat Nur Qaira Alisha Ahmad Ilwan yang meninggal dunia baru-baru ini.

Beliau berkata tindakan itu perlu dilaksanakan selaras dengan peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa serta berlandaskan prinsip keadilan kepada semua pihak.

Fadhlina berkata beliau juga telah dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah telah menjalankan siasatan berhubung aduan yang dikemukakan keluarga murid itu.

“Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius setiap perkara yang melibatkan keselamatan dan kebajikan murid.

“Keutamaan KPM pada masa ini adalah untuk memastikan keluarga diberikan ruang serta sokongan yang sewajarnya dalam menghadapi kehilangan ini,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Fadhlina turut merakamkan ucapan takziah kepada ibu bapa serta seluruh keluarga Nur Qaira dan mendoakan mereka diberikan kekuatan, kesabaran serta ketabahan dalam menghadapi kehilangan berkenaan.

Menurut laporan media, Nur Qaira mempunyai masalah jantung sejak berusia tiga bulan dan dikecualikan daripada menyertai kegiatan sukan di sekolah.

Ibu bapanya mendakwa seorang guru mengarahkan murid itu menyertai acara larian semasa pemilihan rumah sukan pada 15 April lepas walaupun pihak sekolah telah menerima surat perubatan mengenai keadaan kesihatannya.

Nur Qaira dilaporkan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah pada 24 April selepas mengalami muntah teruk dan bengkak pada sekitar mata sebelum disahkan mengalami kegagalan jantung akibat dekompensasi dengan kardiomiopati dilatasi.

 
14302746551226165-420558.jpg

14302746551226165-420559.jpg

14302746551226165-420560.jpg

14302746551226165-420561.jpg


Kematian Nur Qaira Alisha: Fadhlina arah KPM ambil tindakan lanjut



Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, beliau juga dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah telah menjalankan siasatan berhubung aduan yang dikemukakan keluarga Allahyarhamah.

“Saya mengikuti dengan penuh rasa dukacita pemergian Allahyarhamah anakanda Nur Qaira Alisha. Saya merakamkan ucapan takziah kepada ibu bapa serta seluruh keluarga atas kehilangan yang amat berat ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.


Akibat kejadian tersebut, Nur Qaira Alisha didakwa hanya mampu terlantar dan terpaksa memakai oksigen seumur hidup sebelum mangsa dilapor meninggal dunia pada jam 7.49 malam Rabu.

Fadhlina menegaskan, KPM memandang serius setiap perkara yang melibatkan keselamatan dan kebajikan murid.

Menurutnya, keutamaan kementerian ketika ini adalah memastikan keluarga Allahyarhamah diberikan ruang serta sokongan sewajarnya dalam menghadapi kehilangan tersebut.

Beliau turut mendoakan keluarga murid berkenaan diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian tersebut.

“Semoga keluarga Allahyarhamah anakanda Nur Qaira Alisha diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini,” ujarnya.

Artikel Sinar Harian
 

Guru Didakwa Terlibat Kes Nur Qaira Dipindahkan Sementara Siasatan - JPN Kedah​

2adbe60f03d91729102a572615b18e826a90f6b891ca6

Kredit: Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Guru yang dipercayai terlibat dengan kes seorang murid perempuan berusia 11 tahun yang didakwa meninggal dunia akibat penyakit jantung, namun dipaksa bersukan, disahkan telah ditukarkan sementara menunggu keputusan siasatan.

Jurucakap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah berkata guru berkenaan telah ditukarkan ke sekolah baharu sejurus selepas siasatan awal dilakukan dan tindakan itu merupakan langkah intervensi awal.

"Pada masa ini, tindakan telah diserahkan kepada unit integriti Kementerian Pendidikan (KPM) untuk tindakan seterusnya.

"Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu dan memberikan ruang kepada pihak JPN dan KPM untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Sementara itu, sumber dalaman sekolah memaklumkan kejadian yang melibatkan Allahyarham Nur Qaira Alisha Ahmad ‘Ilwan itu berlaku pada 14 April lepas, apabila murid berkenaan dikatakan terlibat dalam pemilihan bagi acara larian 80 meter untuk program sukan sekolah.

"Murid itu memang mempunyai sejarah penyakit jantung daripada kecil. (Selepas bersukan), murid berkenaan jatuh sakit dan mula mendapat rawatan pada 17 April dan tidak hadir ke sekolah selama empat bulan dan aduan daripada waris telah dibuat pada 10 Mei," katanya.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek telah mengarahkan unit integriti KPM mengambil tindakan selanjutnya berhubung kematian Nur Qaira Alisha, selaras dengan peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Beliau juga dimaklumkan bahawa JPN Kedah telah menjalankan siasatan berhubung aduan yang dikemukakan keluarga arwah.

Sebelum ini, tular perkongsian bapa mangsa di media sosial yang mendakwa anaknya yang mengalami masalah jantung diarahkan oleh seorang guru untuk menyertai aktiviti larian pada pemilihan rumah sukan walaupun surat pengesahan tentang penyakitnya itu telah diberi.

 
Back
Top
Log in Register