BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPM Pastikan Sokongan Psikososial Warga Sekolah Pada Tahap Terbaik - Fadhlina

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

KPM Pastikan Sokongan Psikososial Warga Sekolah Pada Tahap Terbaik - Fadhlina​

30949c57f394edfb43cb2298b49dd95e6a7050b93dcfb


Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menggerakkan segala ikhtiar bagi memastikan sokongan psikososial kepada warga sekolah berada pada tahap sebaiknya susulan insiden kematian seorang guru wanita di Selangor, baru-baru ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata beliau mengambil maklum kegusaran dalam kalangan warga pendidik serta masyarakat berhubung kejadian itu, yang disifatkan sangat dekat dihatinya memandangkan beliau memulakan perjalanan dalam politik sebagai seorang aktivis kesihatan mental.

Beliau berkata kementerian sentiasa mengambil berat aspek kesihatan mental warga pendidikan menerusi kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kementerian Kesihatan (KKM) dan kaunselor.

“Masih banyak yang perlu kita lakukan dan kita akan terus melakukannya bersama-sama. Buat semua cikgu yang saya sayangi, ketahuilah bahawa anda tidak bersendirian,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Sementara itu, Fadhlina merayu semua pihak menghormati privasi keluarga mangsa, mengelakkan sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan secara teliti bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Beliau turut mengajak guru meluangkan masa untuk bertanya khabar, mendengar dan memastikan rakan sekerja berada dalam keadaan yang baik.

“Kadang kala, satu pertanyaan ikhlas mampu memberi kekuatan yang sangat besar,” katanya.

Pada Khamis lepas, media melaporkan seorang guru wanita ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di Hulu Selangor.

 
Back
Top
Log in Register