BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Sita Kenderaan, Diesel Bernilai RM121,100 Di Taiping

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

KPDN Sita Kenderaan, Diesel Bernilai RM121,100 Di Taiping​

5068ba10110bd475e8647fbc491f7a7f6a047335bfe6b

Kredit: KPDN Perak

Pelbagai aset termasuk kenderaan dan minyak diesel dianggarkan bernilai RM121,100 disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak selepas membongkar aktiviti pemindahan bahan bakar secara haram di sebuah kawasan lapang dekat  Taiping, semalam.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata rampasan itu dilakukan menerusi serbuan bersepadu Ops Tiris 4.0 dan Ops Jeriji oleh pegawai penguat kuasa KPDN Cawangan Taiping bersama Pasukan Polis Marin (PPM) pada jam 1.30 tengah hari.

Beliau berkata nilai rampasan melibatkan sebuah lori treler, sebuah kereta Toyota, 13 tong jerry can, hos, unit Fleet Card serta 40 liter cecair disyaki diesel.

“Hasil risikan mendapati berlaku aktiviti pemindahan minyak diesel dari lori treler ke dalam tong secara tidak sah bagi tujuan penyelewengan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya seorang pemandu lori berusia 32 tahun ditahan ketika sedang memindahkan cecair berkenaan ke dalam kenderaan milik seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun yang dipercayai pembeli.

Katanya kedua-dua individu terbabit gagal mengemukakan dokumen kebenaran daripada Pengawal Bekalan Malaysia untuk berurusan dengan barang kawalan tersebut.

 
Back
Top
Log in Register