BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Pahang Sita 59,000 Liter Diesel Bernilai RM355,000

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
05f9bc9297756f372fa4e3bdd2780f4469f89bdd66eef

Kredit : FB KPDN Pahang

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang menyita 59,000 liter diesel bernilai RM355,000 dalam operasi penguatkuasaan di sebuah premis di kawasan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di sini hari ini.

Pengarah KPDN Pahang Jezlily Jamaluddin berkata pemeriksaan menerusi Ops Tiris 4.0 oleh pasukan penguat kuasa mendapati premis itu digunakan sebagai tempat penyimpanan diesel, iaitu barang kawalan tanpa lesen atau kebenaran sah Pengawal Bekalan.

“Antara yang disita ialah lima tangki skid mengandungi anggaran 57,000 liter diesel dan sebuah lori tangki industri berisi kira-kira 2,000 liter bahan api itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan Subperaturan 18 (1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana memiliki barang kawalan tanpa lesen atau permit sah.

Jezlily berkata KPDN Pahang akan terus mempergiat aktiviti penguatkuasaan dari semasa ke semasa untuk membanteras penyelewengan barang kawalan dengan tindakan tegas dikenakan terhadap pihak melanggar undang-undang.

Beliau berkata orang ramai diminta bekerjasama menyalurkan maklumat atau aduan salah laku dan aktiviti penyelewengan barang kawalan melalui saluran rasmi disediakan.

 
Back
Top
Log in Register