BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Johor Sita 2,669 Jersi Tiruan Bernilai RM135,000

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

KPDN Johor Sita 2,669 Jersi Tiruan Bernilai RM135,000​

98e182ec53d5dabe8e3731aadc12267c6a59d08fa5929

Kredit: KPDN Johor

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor menyerbu tiga premis disyaki menjual jersi tiruan di sini dan Kota Tinggi dengan rampasan melibatkan 2,669 jersi pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM135,000.

Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo dalam kenyataan hari ini berkata operasi dijalankan hasil risikan dan aduan awam, bertujuan membanteras penjualan jersi tiruan sempena musim kejohanan Piala Dunia 2026.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati premis kedai terlibat menawarkan pelbagai jenis jersi pasukan bola sepak yang memaparkan cap dagangan beberapa jenama terkenal tanpa kebenaran pemilik cap dagangan berdaftar.

“Pemeriksaan dan pengesahan awal oleh wakil pengadu mendapati terdapat alasan munasabah untuk mempercayai suatu kesalahan mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 dilakukan, iaitu memiliki, menjaga atau mengawal bagi maksud perdagangan barang yang cap dagangannya dipakaikan dengan salah,” katanya.

Lilis Saslinda berkata tiga lelaki tempatan terdiri daripada pemilik dan penjaga premis ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki terlibat dalam pengurusan operasi perniagaan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019.

Beliau berkata KPDN Johor akan mempergiat operasi penguatkuasaan dan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang menjalankan aktiviti penjualan atau pengedaran barangan tiruan yang melanggar hak harta intelek serta mengelirukan pengguna.

 
Back
Top
Log in Register