BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Perak Sita Alat Ganti, Aksesori Telefon Bimbit Tiruan Bernilai Lebih RM20,000

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
71346c2ea2e12eb39c54ecc60e68133569d7137148c27

Kredit: KPDN Perak

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 1,107 unit alat ganti dan aksesori telefon bimbit tiruan bernilai RM21,415 dalam serbuan di sebuah premis perniagaan di sini, semalam.

Pengarahnya Datuk Kamalludin Ismail berkata serbuan pada 11.40 pagi itu dilakukan bagi membanteras penjualan dan pengedaran barang tiruan melibatkan alat ganti serta aksesori telefon bimbit berjenama terkenal.

"Serbuan dilakukan hasil aduan dan maklumat oleh wakil pemilik cap dagang yang mengadu terdapatnya penjualan alat ganti dan aksesori telefon bimbit berjenama terkenal yang disyaki tiruan di premis berkenaan.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan telah menemui 1,107 unit alat ganti dan aksesori telefon bimbit yang kesemuanya disyaki menggunakan cap dagangan berjenama yang dipakaikan dengan salah pada barangan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamalludin berkata kesemua barangan dan dokumen telah disita untuk siasatan lanjut di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

 
Back
Top
Log in Register