BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Perak Rampas Aksesori Telefon Bimbit Tiruan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,708
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,708
Reaction score
97
Points
80
5fbd02994d44d2beb8fb2e9992773e856909713a37bcb

Kredit: KPDN Perak

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merampas sebanyak 913 unit aksesori telefon bimbit tiruan dianggarkan bernilai RM27,742 dalam serbuan berasingan di empat premis di sekitar Ipoh, Manjung, Parit Buntar dan Taiping semalam.

Pengarahnya Datuk Kamalludin Ismail berkata serbuan tersebut dilakukan hasil aduan dan maklumat daripada wakil pemilik cap dagang, yang mengesyaki terdapat penjualan alat ganti dan aksesori telefon bimbit berjenama terkenal yang disyaki tiruan di kesemua premis berkenaan.

Beliau berkata wakil syarikat cap dagang telah melakukan pengesahan awal ke atas barangan terbabit dan disyaki premis telah melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan telah menemukan sebanyak 913 unit aksesori telefon bimbit yang kesemuanya disyaki menggunakan cap dagangan berjenama yang dipakaikan dengan salah pada barangan tersebut.

“Kesemua barangan dan dokumen telah disita untuk siasatan lanjut. Nilai rampasan keseluruhan melibatkan empat premis di daerah tersebut dianggarkan bernilai RM27,742,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamalludin berkata kes berkenaan disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

Beliau berkata selain menjaga hak pengguna, KPDN turut memandang serius dalam melindungi hak pemilik cap dagang melalui pemantauan dan risikan berterusan ke atas premis yang menjual barangan berjenama bagi membanteras penjualan barang tiruan.

 
Back
Top
Log in Register