BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Perak Rampas Lebih 72,000 Pen Penanda Disyaki Tiruan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

KPDN Perak Rampas Lebih 72,000 Pen Penanda Disyaki Tiruan​

1119bfa1d84fd16080d1275282d7e8b66a0d3b2ff1fe0

Kredit : KPDN Perak

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merampas 72,616 unit pen penanda pelbagai jenis dan warna disyaki tiruan dalam dua serbuan di bandar raya ini dan Kuala Kangsar, semalam.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata rampasan bernilai RM183,990 itu dilakukan hasil risikan dan aduan wakil pemilik cap dagang berhubung aktiviti penjualan dalam talian barangan berjenama terkenal yang dipercayai tiruan.

"Hasil pemeriksaan di premis terbabit mendapati semua pen penanda berkenaan disyaki menggunakan cap dagangan berdaftar yang dipakaikan secara salah pada produk tersebut.

“Wakil pemilik cap dagang telah membuat pengesahan awal dan mendapati terdapat elemen pelanggaran di bawah Akta Cap Dagangan 2019,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua barangan itu dan dokumen berkaitan disita bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019.

Kamalludin berkata KPDN Perak akan terus memperkukuh pemantauan dan operasi penguatkuasaan bagi membanteras penjualan barangan tiruan demi melindungi pengguna serta hak pemilik cap dagang.

 
Back
Top
Log in Register