BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Perak Sita Lebih 8,000 Kg Tepung, Gula

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
2e96322dbc178b98bc7113b04af200db69e7328ac2f17

Kredit : KPDN Perak

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 8,869 kilogram (kg) tepung gandum serta gula di sebuah premis menjual perkakasan dan barangan membuat kek di Slim River, semalam.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata rampasan dilakukan pasukan penguat kuasa KPDN Cawangan Tapah menerusi Ops Tiris 4.0 di premis itu pada 11.30 pagi.

“Pemeriksaan mendapati premis itu memiliki barang kawalan, iaitu 7,813 kg tepung gandum dan 1,056 kg gula untuk jualan.

“Peniaga di premis itu gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran daripada Pengawal Bekalan Malaysia bagi urusan melibatkan barang kawalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kamalludin berkata nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM21,862.32.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana melakukan kesalahan menjual barang kawalan berjadual tanpa kebenaran.

 
Back
Top
Log in Register