BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Komunikasi Awal Dengan PMO Buatkan Saya Percaya JV Bakal Dimeterai - Bekas CEO 1MDB

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Komunikasi Awal Dengan PMO Buatkan Saya Percaya JV Bakal Dimeterai - Bekas CEO 1MDB​

93afa076f56fa3d092a2981c55c415b168ff4c1b7c45e

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi

Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata beliau mempercayai maklumat yang diberikan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, berhubung cadangan majlis pemeteraian usaha sama (JV) bernilai USD2.5 bilion dengan PetroSaudi International Ltd (PSI) susulan komunikasi awal dengan Pejabat Perdana Menteri pada 2009.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berusia 56 tahun itu, yang memberi keterangan sebagai saksi plaintif keempat dalam saman USD5.64 bilion difailkan oleh 1MDB dan empat anak syarikatnya, berkata komunikasi dengan pegawai khas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu Datuk Amhari Efendi Nazaruddin berlaku ketika persiapan awal bagi cadangan majlis berkenaan.

Saksi itu berkata komunikasi tersebut telah menyebabkan beliau percaya bahawa majlis berkenaan akan berlangsung.

Bagaimanapun, Shahrol Azral mengakui beliau tidak mengambil tindakan susulan berhubung perkara itu dan tidak mempunyai sebarang dokumen yang mengesahkan bahawa majlis berkenaan sememangnya akan diadakan.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, defendan pertama dalam saman itu.

Muhammad Shafee:  Anda setuju Amhari ialah antara individu yang menerima wang daripada Jho Low?

Shahrol Azral: Saya tidak mempunyai pengetahuan mengenai perkara itu.

Muhammad Shafee: Semua maklumat mengenai majlis itu datang daripada Jho Low?

Shahrol Azral: Ya.

 
Back
Top
Log in Register