BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas CEO Nafi Buat Perjanjian Dengan Sri Ram Beri Keterangan Memihak Kepada 1MDB

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Bekas CEO Nafi Buat Perjanjian Dengan Sri Ram Beri Keterangan Memihak Kepada 1MDB​

8a7c18c55b2c4d0e29f6b455f9811ccc6a858675bb852

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi (Gambar fail)

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau telah membuat perjanjian dengan Datuk Seri Gopal Sri Ram (kini mendiang) untuk memberi keterangan memihak kepada syarikat itu.

Shahrol Azral berkata Sri Ram, yang ketika itu bertindak sebagai pendakwa raya utama dalam perbicaraan kes jenayah membabitkan 1MDB, tidak menawarkan sebarang insentif kepada beliau untuk berbuat demikian sebagai pertukaran bagi menggugurkan namanya daripada saman itu.

Saksi keempat plaintif berusia 56 tahun dalam kes saman 1MDB menuntut ganti rugi USD5.64 bilion itu berkata demikian semasa disoal balas oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, defendan pertama dalam sama tersebut.

Muhammad Shafee: Adakah Sri Ram pernah menemu bual anda? Shahrol Azral: Ya.

Muhammad Shafee: Adakah anda pernah makan tengah hari bersama-sama? Shahrol Azral: Ya, sekali.

Muhammad Shafee: Adakah anda membuat sebarang perjanjian dengan Sri Ram? Shahrol Azral: Tidak.

Shahrol Azral juga berkata beliau tidak pernah bertanya kepada Sri Ram mengapa beliau perlu memberi keterangan yang memihak kepada 1MDB sedangkan syarikat itu telah memfailkan saman terhadapnya.

Saksi itu berkata beliau tidak tahu mengapa 1MDB menggugurkan namanya daripada saman berkenaan.

Shahrol Azral bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan bahawa beliau selesa memberikan keterangan dalam perbicaraan jenayah itu kerana wujud aku janji di pihak pendakwaan, selain menjangkakan dirinya akan dilindungi daripada sebarang tindakan lanjut undang-undang.

 
Back
Top
Log in Register