BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas CEO 1MDB Tidak Tahu Sebab Dakwaan Terhadapnya Berubah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,187
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,187
Reaction score
346
Points
141

Bekas CEO 1MDB Tidak Tahu Sebab Dakwaan Terhadapnya Berubah​

eba89e51f507bc3be25651cf8e45a6326a86f4768673e

Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mengetahui sebab dakwaan syarikat itu terhadapnya berubah dalam saman berasingan yang difailkan pada Ogos 2021.

Shahrol Azral, 56, berkata demikian memberi keterangan sebagai saksi plaintif keempat dalam saman USD5.64 bilion yang difailkan oleh 1MDB pada Mei 2021 terhadap lapan defendan termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semasa pemeriksaan balas, peguam G.K. Ganesan yang mewakili bekas Pengarah Pelaburan 1MDB Kelvin Tan Kay Jin, merujuk Shahrol Azral kepada dakwaan yang dibuat terhadapnya dalam saman  syarikat itu terhadap Deutsche Bank dan beberapa pihak lagi pada Ogos 2021.

Ganesan merujuk Shahrol Azral kepada beberapa perenggan dalam pernyataan tuntutan 1MDB saman itu yang mendakwa beliau melakukan pelanggaran kewajipan dan pecah amanah secara penipuan serta tindakan tidak bertanggungjawab dari segi korporat.

Ditanya mengapa 1MDB membuat dakwaan sedemikan terhadapnya dalam saman berasingan dan pada masa sama, memanggil beliau sebagai saksi pada prosiding ini, Shahrol Azral berkata soalan itu sepatutnya diajukan kepada syarikat berkenaan.

Shahrol Azral, yang mengakui bahawa beliau telah diminta memberi keterangan di mahkamah, berkata peranannya ialah untuk menyampaikan perkara sebenar dan bukan menuding jari kepada sesiapa.

Saksi itu juga tidak bersetuju dengan cadangan bahawa beliau telah membuat perjanjian dengan pihak 1MDB sebagai pertukaran untuk memberi keterangan.

Ganesan: Memandangkan 1MDB sendiri telah menuduh anda melakukan kesemua pelanggaran ini, anda tidak mempunyai kredibiliti sebagai saksi bagi pihak 1MDB?

Shahrol Azral: Saya tiada komen.

 
Back
Top
Log in Register