BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairy CEO JDT?

Hotfm cuba nak try hard

FB_IMG_1675002590175.jpg
 
Kj kalau nak pat taim kat gerai nasi lemak saya pun ok. Dpt la saya jimat kos skit
 
Pengalaman luas Khairy Jamaluddin akan memberikan pelbagai nilai tambah kepada bola sepak Johor. - TMJ

KJ dilantik Ahli Lembaga Pengarah JDT​


15 Februari 2023 02:32pmMasa membaca: 1 minit



2093787.jpg

Khairy sah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah JDT.



BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Penasihat Belia Johor.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, pengalaman luas Khairy Jamaluddin akan memberikan pelbagai nilai tambah kepada bola sepak Johor.




"Saya telah bertemu dengan Khairy Jamaluddin dan bersetuju untuk melantik beliau sebagai Penasihat Belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah JDT.

"Pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia serta kemajuan bola sepak Johor," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
 

KJ teruja sertai JDT​

15 Februari 2023 02:38pmMasa membaca: 1 minit


2093796.jpg

Khairy Jamaluddin

BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersedia mencurahkan pengalamannya selepas dilantik sebagai Penasihat Belia Johor dan Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menurut Khairy Jamaluddin, beliau teruja untuk menyertai JDT yang juga sebuah kelab bola sepak terbesar di Asia Tenggara.



"Menjunjung setinggi-tinggi kasih terhadap HRH Crown Prince of Johor Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, atas perkenan Tuanku melantik saya sebagai Penasihat Belia Johor dan Ahli Lembaga Pengarah JDT.
"Saya amat teruja untuk menyertai kelab JDT yang merupakan kelab bola sepak terbesar di Asia Tenggara serta mempamerkan prestasi yang cemerlang pada setiap musim perlawanan.

"Saya akan menyumbangkan sedikit pengalaman yang ada pada saya untuk membantu Tunku Mahkota Johor dalam visi Tuanku untuk menjadikan JDT kelab bola sepak paling unggul di benua Asia," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam masa sama, Khairy Jamaluddin juga mahu merealisasikan hasrat Tunku Ismail dalam memperkasakan belia bangsa Johor.

"Ia akan direalisasikan melalui pendidikan, latihan, keusahawanan, kebajikan dan juga memberi perlindungan yang sewajarnya kepada remaja dan kanak- kanak.
"Insya-ALLAH saya akan membalas kepercayaan ini dengan usaha yang bersungguh-sungguh demi kecemerlangan berterusan JDT dan pemerkasaan belia Johor," katanya.
 
Sambil2 tu boleh kikis sikit2 pengaruh ameno kat Johore
 
#BHsukan Pelantikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kelab JDT dan penasihat belia Johor mampu memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia serta bola sepak negeri itu.
https://bit.ly/3lCWrU3


Pelantikan KJ mampu beri nilai tambah - TMJ​


Februari 15, 2023 @ 2:14pm


Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - Foto BERNAMA
Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pelantikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan penasihat belia Johor mampu memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia serta bola sepak negeri itu.

Perkara itu disuarakan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berdasarkan pengalaman luas dimiliki Khairy terutama pernah memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan dari tahun 2013-2018.



"Saya sudah bertemu Khairy Jamaluddin dan bersetuju untuk melantik beliau sebagai penasihat belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah JDT.

"Pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia dan kemajuan bola sepak Johor," kata TMJ menerusi akaun Twitter miliknya, hari ini.




Pelantikan Khairy kemudian disahkan JDT menerusi kenyataan pada akaun Facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers, hari ini.

Kelab berkenaan memaklumkan Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah JDT dan penasihat belia Johor.




Sebelum ini, TMJ sudah memberi bayangan Khairy akan menyertai JDT selain bakal dilantik sebagai penasihat belia Johor.

Ketika memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, Khairy mengilhamkan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) bagi melahirkan pemain muda berbakat.
 
Back
Top
Log in Register